Ikuti Blog ini

Ada dua kerajaan haram di dunia, Kerajaan Isreal dan Kerajaan Perak - Nizar Jamaluddin


MENTERI Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin menegaskan terdapat dua kerajaan haram di dunia sekarang, satu Kerajaan Israel di Tebing Gaza dan satu lagi Kerajaan Perak pimpinan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

"Tindakan Umno yang merampas Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat pada 5 Februari lalu membuktikan bahawa parti tersebut merupakan parti yang seharam-haramnya," tegas beliau disabut dengan laungan takbir lebih 10,000 penyokong Pakatan Rakyat pada ceramah Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang di Padang Bola Kuala Sepetang, 8 Mac lalu.

"Sudahlah merampas kuasa, mereka (BN) juga melanggar undang-undang negara dan Perintah Am Kerajaan Negeri Perak," dakwanya bagi memperjelaskan sikap rakus pemimpin Umno Perak terhadap kemaruk kuasa.

Pada ceramah itu, beliau menjelaskan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di bawah pimpinan beliau, yang memerintah selama 10 bulan.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menyelar dan menyifatkan perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak sebagai syubahah.

"Antara jawatan Menteri Besar dan Zambry hendaklah dipisahkan kerana ianya bertaraf syubahah (samar-samar)," ujarnya.

Beliau juga meminta pengundi-pengundi Bukit Gantang untuk memberikan sokongan kepada PAS sebagai hadiah penggalak kemenangan bagi memperteguhkan kPakatan Rakyat di Perak. Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh yang turut berucap, menyifatkan perkataan Umno boleh diterjemahkan kepada singkatan "Umnolah Menderhaka Nyalahkan Orang".

Selain itu, Ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming menjawab isu keabsahan sidang Dun Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini.

"Negara Perancis pernah mengadakan sidang parlimen mereka di gelanggang tenis kira-kira 200 tahun lalu," kata Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming yang turut berucap.

Beliau menjawab isu keabsahan sidang Dun Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini. Jelasnya, lokasi mesyuarat Dun bukanlah isu besar bagi menunaikan tanggungjawab sebagai wakil kepada rakyat tetapi tugas yang diberikan itu jauh lebih besar.

Sempena sambutan ulangtahun genap setahun kemenangan Pakatan Rakyat di Perak, beliau turut membacakan sepotong ayat al-Quran sebagai peringatan kepada Umno.

"Ayat yang saya bacakan tadi meminta kita berlaku adil dan ihsan kepada sesama manusia apatah lagi bagi pemimpin ke atas rakyat. Tetapi adakah Najib berlaku adil dan ihsan sebagaimana yang sepatutnya berpandukan ajaran Islam dalam ayat al-Quran tadi," katanya sambil disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir.

Beberapa pemimpin PAS dan DAP turut berucap termasuklah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Ceramah utama disampaikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis yang berakhir pada jam 11.55 malam itu ditutup dengan bacaan doa oleh Tok Guru Nik Aziz.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .