Ikuti Blog ini

Ceramah Nizar, Saifuddin gamit 20,000 rakyat Titi Serong


KRISIS Perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang menarik minat pelbagai pihak untuk memenuhi segenap inci dan sudut di Pusat Tarbiyah Titi Serong dengan kehadiran hampir 20,000 orang di sini malam tadi.


"Sebelum ini tidak pernah seramai itu yang hadir dan merupakan sejarah di tempat berkenaan" ujar Ketua Kampung Jalan Pantai Tg. Piandang, En Jamaluddin.


Penceramah utama dalam program itu ialah Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Dewan Rakyat Machang, Saifuddin Nasution Ismail. Selain itu turut memberikan ucapan ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim, Pengerusi Kelab penyokong PAS Bagan Serai, En.Beh dan YDP Pas Kawasan Parit Buntar, Hj. Harun Hashim. - blog Cina Islam.


Meskipun dirundung malang angkara 'rampasan kuasa' namun Nizar tetap berdiri teguh menyampaikan amanat kepada rakyat Perak walau jauh di sudut hati terasa seakan kecewa dengan situasi yang berlaku. Kehadiran ribuan orang pada setiap program yang dihadirinya setidak-tidaknya terus menguatkan semangat untuk berjuang dengan iltizam lebih tinggi demi kepentingan rakyat jelata.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .