Ikuti Blog ini

Gambar polis halang ceramah yang tidak jadi, macam nyamuk serang kelambu tidak berpenghuni.

BUKIT GANTANG : Sebelum sembahyang maghrib sebentar tadi saya sempat untuk mengambil gambar suasana di hadapan tapak ceramah yang dihalang oleh pihak keselamatan. Kelihatan hampir 30 kenderaan yang mengangkut pasukan keselamatan bagi mengawal ceramah yang tak jadi itu.

Apa sudah jadi ceramah dipindah tempat lain namun polis tetap tunjuk kekuatan untuk menghalang ceramah itu. Macamlah nyamuk menyerang kelambu namun di dalamnya tiada pun orang tidur....















UMNO mengerahkan lebih kurang 500 anggota polis + FRU untuk menghalang ceramah DSAI dan DS Nizar di Simpang, Taiping malam ini. Di celah-celah orang ramai mungkin ada ratusan lagi polis cawangan khas yang bertugas. Bukit Gantang jadi medan perang. Bukan perang politik demokrasi, tetapi perang bersenjata.

Foto (dari blog Cina Islam) ini membuktikan UMNO memang dah tak siuman!
Polis tidak meluluskan permit dan mengeluarkan kenyataan melarang ceramah itu berserta ugutan yang menyeramkan. Rakyat dilarang hadir. Duduk diam-diam kat rumah. Jangan dengar apa yang pemimpin Pakatan Rakyat ceritakan. Kalau nak tau perkembangan negara, tonton TV dan baca Utusan Malaysia atau Berita Harian.

Malaysia dah jadi negara polis, atau negara yang diperintah oleh junta tentera. UMNO boleh cakap apa saja dan di mana saja. Atas jalanraya pun boleh. Polis pasti jaga keselamatan majlis UMNO. Kalau perlu tutup jalan untuk memudahkan laluan ke majlis anjuran UMNO, sehari lebih awal pun polis boleh pasang pengadang.

Tapi bagus juga. Buruk kelaku UMNO + polis ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Penyokong PR jadi semakin meluat terhadap UMNO. Tak mungkin UMNO dapat mengubah stand politik penyokong PR walau dengan pujukan dan janji manis yang sehebat mana pun. Sedikit demi sedikit warga Malaysia yang tak sokong mana-mana parti, mula bersimpati pada PR.

Manusia ada akal dan ada jiwa. Tambahan pula maklumat mudah diperolehi melalui pelbagai sumber walau pun disekat dengan bermacam cara. Manusia boleh menilai. Manusia nampak majlis ceramah yang UMNO anjurkan. Bila PR dihalang menganjurkan majlis ceramah, manusia mampu menghukum dengan pantas siapa betul siapa salah.

Majlis ceramah umpama sidang mahkamah. Rakyat jadi hakim. UMNO dan PR umpama plaintif dan defendan bagi kes sivil atau umpama pendakwa dan OKT bagi kes jenayah. Yang takut ke mahkamah ialah pihak yang percaya akan kalah atau orang yang memang bersalah.

Majlis ceramah juga umpama senjata untuk perlawanan mengadu kekuatan. UMNO dan PR umpama dua orang yang nak masuk ke gelanggang silat. UMNO pegang sebilah keris, PR pun hunus sebilah keris. Bila UMNO usahakan supaya hanya dia sahaja guna keris dan PR tak boleh, maka taulah sekelian orang bahawa UMNO pondan tua.

Manusia ada akal dan jiwa. Terima kasih UMNO + polis = pondan tua!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .