Ikuti Blog ini

Nizar Tak Rampas Kuasa Di Masjid, UMNO Menjadikan Masjid Tempat Kempen Politik

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/IMG_1611.jpg

Bukit Gantang
- Calon PAS pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau ‘tidak merampas kuasa’ atau ‘merampas mikrofon, di Masjid Simpang dekat sini


Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah dan menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.

"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.

"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau yang ditemui hari ini.

Beliau berkata, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.

"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata, sekiranya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO itu, jelas UMNO telah menggunakan masjid untuk tujuan kempen politik.

"Saya sudah mendapat laporan kejadian tersebut, laporan kita sangat terkini, perkara tersebut berlaku di masjid Simpang,

“Ini satu gambaran kalau BN mengatakan Nizar merampas program BN, artinya BN berkempen di masjid, sudah menggunakan masjid untuk berkempen,”tegas Mustafa dalam sidang di Markaz Air Kuning hari ini.

Namun menurutnya, beliau dimaklumkan ada jamaah disana, yang menjadi kebiasaan selaku Menteri Besar, Imam akan menyerahkan mikrofon kepada Nizar, bukan Nizar yang merampas mikrofon.


Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online mengakui BN menggunakan masjid.

Beliau berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Namun Rosli tidak mengakui peranan Imam masjid yang dilantik dan melabel Imam sebagai ‘orang-orang Nizar’ kerana Imam masjid yang memberikan beliau mikrofon kepada Nizar untuk berucap.

Walaupun Rosli mengakui BN telah menggunakan masjid untuk tujuan poltik, namun beliau tetap berniat jahat menuduh Nizar membuat kacau !


lihat betul-betul... nampak macam dua tiga orang je penyokong pas tu...



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .