Ikuti Blog ini

BUKIT GANTANG : UMNO Terlopong Bila Konsert Yasin Sokong Pakatan

Berbanding dengan konsert tarian separa-bogel BN yang dihadiri oleh Menteri Agama Datuk Zahid Hamidi, Pakatan Rakyat pula menampilkan sebuah konsert Santai Anak Muda anjuran bersama AMK dan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) di Simpang, Bukit Gantang dengan kehadiran penyanyi terkenal Yasin dan Juara Akademi Nasyid, Azhan Atan.

Malaysiakini melaporkan Yasin, bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh berpadu suara dengan penyanyi rap Akhbar dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu.

"Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat," disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ.

Mereka menyampaikan lagu-lagu terkenal yang pernah menjadi kegemaran ramai, antaranya, Satu Perjuangan, Teman Sejati dan Alhamdulillah.

Membuat persembahan terakhir, Azhan menyampaikan lagu Iqra' yang pernah dipopularkan papa rock Malaysia Ramli Sarip, sambil menyatakan mesej sama kepada penonton.

Radio TKO.fm sering menyiarkan lagu-lagu penyanyi Yasin dan Azhan Atan semenjak ia diterbitkan dua tahun lalu di dalam rancangan Isu Semasa dan Irama Malam bersama GB yang ke udara pada setiap malam bermula jam 9.30 malam.

Yasin berkata ini merupakan "perjuangan kecil-kecil tetapi konsisten" untuk menggalas "harapan perubahan untuk Malaysia". Beliau bagaimanapun menafikan menganggotai PKR tetapi hanya penyokongnya sejak peristiwa reformasi 1998.

Ditanya sama ada beliau menghadapi masalah akibat kehadirannya ke pentas pembangkang, Yasin berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah: "Setakat hari ini tidak ada," katanya yang mendakwa sudah lebih sepuluh kali hadir di pentas pembangkang.

Beliau menyifatkan tindakan Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA sebagai "reaksi semata-mata dan tidak berasaskan prinsip".

Selain itu, tambahnya, beliau yang membuat laporan polis terhadap Najib berdasarkan pendedahan tergempar akhbar Perancis Leberation - yang mengaitkannya dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu - berkata telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporannya itu.

Dalam masa yang sama, tambahnya, Najib sebaliknya tidak pun dipanggil polis memberikan keterangannya.

Beliau juga mendakwa, terdapat pihak menggunakan SMS palsu kononnya daripada pemimpin utama Hindraf P Wathamoorthy dari London meminta sokongan pengundi selepas Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.

Walaupun program tersebut anjuran bersama GMP, namun tiada sebarang risalah berhubung dasar kontroversi PPSMI diedarkan.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .