Ikuti Blog ini

Pelik tapi benar! Mahkamah Lebih Berkuasa Daripada Dewan Negeri

Pekara 72: Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

Pekara 72: Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.


Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.



(1) Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.


(2) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.


(3) Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.


(4) Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.


(5) Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.


Siapakah yang menyalahgunakan kuasa sekarang?


Pada 18 Februari 2009, Datuk Dr Zambry dan kuncu-kuncunya digantung oleh Speaker Dewan Negeri Perak setelah membuat keputusan dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Pengundian telah dibuat dalam mesyuarat tersebut. Ini merupakan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa yang diwujudkan dan diiktiraf oleh Dewan Negeri Perak. Keputusan dan tingkahlaku Jawatankuasa adalah dilindungi oleh Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi apa yang berlaku di Mahkamah hari ini adalah sesuatu yang ganjil. Dewan Negeri dan Jawatankuasa-jawatankuasanya telah hilang kekebalan. Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa makna lagi.


Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa pengantungan Zambry dan kuncu-kuncunya oleh Speaker Negeri Perak adalah salah. Pihak Mahkamah telah menjejak kaki ke Dewan Negeri untuk menyelesaikan masalah dalaman. Dimanakah garis pemisah doktrin pengasingan kuasa di Malaysia? Nampaknya Mahkamah sudah lebih berkuasa daripada Dewan Negeri yang ahlinya dipilih oleh rakyat.


Mahkamah Persekutuan telah membuat satu sejarah baru dalam dunia komenwel dengan meniadakan kuasa Speaker berkaitan dengan hal-ehwal Dewan Negeri. Ini merupakan satu tamparan kepada amalan doktrin pengasingan kuasa yang mejadi tunggak kepada demokrasi sesebuah negara. Hari ini merupakan ‘hari kematian’ Montesquie bapa doktrin pengasingan kuasa yang termahsyur. Apakah pandangan Majlis Peguam Malaysia berkaitan dengan perkembangan terbaru ini?




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .