Ikuti Blog ini

Pemuda Akan Memperhebatkan Penerangan Isu Najib dan Khairy

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/isunajib.jpg

Kuala Terengganu – Isu-isu yang mengaitkan Presiden baru UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia dan isu rasuah politik Ketua Pemuda UMNO yang baru akan memberikan kelebihan kepada PAS (Gambar - Kulit Majalah Indonesia yang menyiarakan berita Najib (kanan) karikatur yang dilukis oleh sebuah akhbar Korea (kiri)


Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu Ariffin Deraman (gambar) berkata beliau yakin isu Dato’ Seri Najib dan Khairy Jamaludin turut memberi bonus kepada Pakatan Rakyat.

“Pemuda melihat kedua-dua isu, Najib dan Khairy memberi kesan negatif terhadap sokongan rakyat dan penyokong Barisan Nasional (BN) di samping mengikis kepercayaan dan keyakinan ahli-ahli UMNO terhadap pemimpin-pemimpin mereka.

“Kita yakin menang dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil dengan sokongan golongan muda lebih berpihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat kerana jelas Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO jelas terlibat dengan politik wang,” katanya.

http://buletinonline.net/images/stories/berita3/arifinderaman.jpgBeliau berkata, pihaknya akan penerangan dan penjelasan secara berterusan kepada para pengundi dan juga seluruh rakyat supaya gambaran sebenarnya jelas dan rakyat mampu menilai kepimpinan yang baik untuk masa depan.

Katanya ia amat penting kepada generasi akan datang kerana kepimpinan yang bersih akan membawa negara kepada halatuju yang lebih baik daripada apa yang berlaku sekarang.

Perdana Menteri, Najib yang baru mengangkat sumpah semalam, sebelum ini telah dikaitkan oleh media antarabangsa terlibat dalam skandal pembelian kapalselam dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Manakala Khairy, telah diberi amaran oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana terlibat memberi sogokan kepada perwakilan pemuda dalam pemilihan jawatan Ketua Pergerakan itu baru-baru ini.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .