Ikuti Blog ini

Wan Ahmad, Timb Pengerusi SPR Ganggu PRK Penanti

Selaku Timbalan Pengerusi SPR, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berat, walaupun beliau seorang yang lama dalam SPR tetapi tindakan itu menunjukkan sikap kurang sopan, kata Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, seperti yang dilapor Salmiyah Haron.

Mengulas kenyataan Dato' Wan Ahmad Wan Omar yang mencadangkan kerajaan supaya tidak mengadakan pilihan raya untuk kes-kes seperti perletakan jawatan Adun Penanti pada masa depan, Wan Rahim menyifatkan SPR perlu kembali kepada tugas asalnya sebagaimana yang dijelaskan dalam perlembagaan iaitu meliputi tiga perkara dan jangan 'ganggu' pilihan raya kecil Dun Penanti.

Antara tugas utama SPR ialah mempersempadankan semula pilihan raya, mendaftarkan pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Jadi, tegas Wan Rahim, rakyat akan faham sekiranya kenyataan itu diluahkan oleh pimpinan kerajaan menteri atau Timbalan Perdana Menteri memandangkan mereka adalah pimpinan politik dan parti.

Malangnya kata Wan Rahim, sebagai Timbalan Pengurusi SPR yang mempunyai bidang tugas khusus seperti mana yang digariskan dalam perlembagaan negara, dan beliau tidak patut mengeluarkan pandangan-pandangan yang mempunyai implikasi politik yang berat sebelah.

"Sepatutnya kalau dia ada pandangan peribadi boleh disalurkan di dalam mesyuarat Ahli Jawtankuasa SPR bukan keluarkan kenyataan akhbar seolah-olah nampak macam berebut-berebut dan bersaing dengan pemimpin parti politik untuk menarik perhatian umum," katanya ketika dihubungi.

Perkara yang utama di depan SPR sekarang ini, katanya adalah kekosongan yang berlaku dalam DUN penanti, surat daripada speaker DUN sudah diterima, oleh itu SPR tumpukan kepada bidang tugas yang digariskan.

"Jadi saya pun tak faham apa 'mileage' yang cuba dicari oleh Timbalan Pengerusi SPR. Kalau dia Pengerusi SPR, lain cerita. Saya mohon timbalan ini ada rasa hormat kepada Ahli Jawatankuasa SPR dan juga kepada Pengerusi SPR itu sendiri. Pengerusi SPR seperti orang yang dibimbing timbalannya," jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .