Ikuti Blog ini

Sesi Petang di Mahkamah Rayuan



Sesi bermula dengan penghujahan oleh peguam Sulaiman Abdullah bagi pihak Nizar.

Sulaiman: Jika apa yang diperkatakan oleh mereka dapat diterima, Perdana Menteri boleh dikejutkan jam 2 pagi dan diberitahu bahawa Agong telah mengeluarkan sidang media mengatakan PM perlu meletakkan jawatan kerana telah kehilangan majoriti didalam parlimen.

Jika Sultan mempunyai kuasa untuk memecat, katakanlah beliau mempunyai kuasa itu, perkara itu terletak di dalam Artikel 18. Tetapi sekarang tidak. Ianya tidak terletak di dalam mana-mana artikel.

Sulaiman sekali lagi menegaskan bahawa SATU-SATUNYA cara untuk memecat Menteri Besar adalah dengan undi tidak percaya dilantik dewan undangan negeri.

Sulaiman berhujah soal berapa bilangan kerusi DUN Perak yang dipegang BN tidak relevan dan apa yang penting adalah peruntukan yang dinyatakan Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Perak.

Sulaiman menjelaskan lagi bahawa persoalan Nizar perlu meletakkan jawatannya tidak timbul kerana undi tidak percaya terhadapnya belum lagi di jalankan.

Sulaiman berhujah dengan berkata bahawa pihak Nizar tidak mencabar hak-hak istimewa Baginda Sultan. Tetapi tidaklah sepatutnya terus mengatakan bahawa ada kehilangan kepercayaan dan Nizar perlu mengosongkan jawatan Menteri Besarnya.

KHIRUL: Sulaiman berhujah Nizar menghadap Sultan Perak untuk memohon pembubaran DUN mengikut peruntukan Perkara 36 (c) Undang-Undang Tubuh Perak, bukan mengikut Perkara 16 (6) seperti yang dihujahkan Cecil.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .