Hari terakhir kami di Makkah mendapat jemputan dari persatuan komuniti Malaysia di Makkah. Pertemuan bersama MB Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) beserta 2 YB Kelantan - Speaker DUN Kelantan, YB Ustaz Nasrudin Daud (tengah) dan YB Abdullah Yaacob.
Suasana meriah menghias majlis. Rakyat Malaysia datang meraikan majlis, baik dari Makkah mahupun yang berkelana dari Riyadh dan Madeenah. Bujang, mahupun yang berkeluarga. Baru mahupun yang sudah lama menetap. Menarik minat ramai.
TGNA membincangkan pelbagai isu yang melanda ummat dan tanah air - masalah kepimpinan menjadi teras perbincangan. Seperti biasa, TGNA memberi contoh yang mudah di fahami bagi menghadam isu yang di ketengahkan.
Sessi soal jawab pula menarik minat yang menyoal tentang perlunya kurangkan politik dan juga isu pemilihan PAS yang akan berlansung di muktamar mendatang.
Bagi mendapatkan kepastian lansung dari Mursyidul Am tentang status cadangan "Unity Government", soalan di ajukan kepada TGNA. Apakah "Unity Government" masih ada dalam agenda PAS. Apakah ianya tertangguh atau sudah di batalkan sepenuhnya. Klik d bawah atau boleh dengar di sini