Ikuti Blog ini

Imej mesra dan santun Abe Uji memikat pengundi

Kempen dengan pendekatan yang mesra' - begitulah konsep yang dipilih calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Uji.

Ketika mengikuti kempen beliau ke Sekolah Menengah Ugama Arab Falahiah Kesedar Sungai Sok Kuala Krai, beliau sempat menyampaikan ucapan dalam program Ceramah Motivasi Keibubapaan dan pelajar.

Selepas itu, beliau meneruskan perjalanan ke Program Pemutihan Armalah sebelum menziarahi seorang warga emas, Abdul Ghani Mat Arif, 85, yang sakit tua di Lepan Jenok, Sungai Perial.






Dalam lawatan tengah hari tadi, Abe Uji menggunakan peluang berbual dan beramah mesra dengan penduduk Kampung Budi.

Kehadiran wartawan dan penulis blog menjadikan penampilan Abe Uji kelihatan sedikit kekok, walaupun dikhabarkan beliau mesra dengan penduduk sekitar.

Ditemani Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, beliau melawat tapak perhentian bas yang baru dibina menggantikan yang lama.

Kampung Budi terletak dua kilomter daripada jalan besar yang menghubungkan Kuala Krai dan Gua Musang.

Sekitar kawasan tersebut di kelilingi ladang getah dengan laluan kecil satu lorong yang menyukarkan perjalanan.


Abe Uji juga mengambil kesempatan untuk meletakkan batu asas ketika turut sama bergotong royong membina wakaf di perkuburan Kampung Budi.

Kemesraan jelas terpancar ketika beliau bersama-sama beberapa orang ahli parlimen yang turun padang pada kempen pilihan raya kecil ini, termasuk Dr Mohd Hatta Ramli.

Seusai program tersebut, beliau singgah melawat di pos-pos kawalan PAS di UPU Manjor serta kedai-kedai kopi yang berhampiran.

Abe Uji meluangkan masa menziarahi seorang pesakit barah, Ramlah Deris, 52, di Chuchoh Puteri yang tinggal bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah bagi mendekati pengundi selain memperkenalkan dirinya kepada masyarakat sekitar kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut menyambut baik dan menyapa beliau dengan mesra dan senyuman.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .