Ikuti Blog ini

UMNO/BN dan Pihak-pihak Tertentu ‘Terlampau’.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ProgramUPULaloh%20001.jpgKUALA TERENGGANU – UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta pihak-pihak tertentu sepatutnya rasa malu kerana yang memberi komen ‘terlampau’ tentang Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Kata-kata liar yang menuduh Ustaz Nasharudin berkrisis dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik ternyata tidak berasas sama sekali.

”Saya berbincang dengan Setiausaha PAS Kawasan Bachok yang kebetulan bersama-sama pasukan pembantu di Laloh, tidak ada masalah antara Timbalan Presiden dengan Mursyidul Am,

”sepatutnya pihak-pihak yang menuduh pastikan dulu kedudukan Ustaz Nasha, bahkan kita sepatutnya simpati kepada beliau yang sedang ‘sakit’,”kata Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi Buletin Online semalam.


Beliau berkata demikian, mengulas berita yang mengesahkan Timbalan Presiden PAS itu akan turun berkempen di Manek Urai hari ini (10 Julai).

Petang semalam, Penasihat Jentera Pilihanraya PAS Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Ustaz Nasha akan turun berkempen bersama-sama Mursyidul Am PAS, di pasar basah Laloh pada jam 5 petang.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ProgramUPULaloh%20031.jpgSebelum itu, sebuah akhbar internet mendedahkan ketiadaan Ustaz Nasha pada hari penamaan calon dan kempen pilihanraya Manek Urai sejak beberapa hari kebelakangan adalah kerana beliau sedang di rawat di hospital.

”Jelas ia adalah fitnah UMNO dan media yang menjadi alat BN, mereka sanggup menipu rakyat dan pengundi Manek Urai,”tegas haji Hanafiah.

Mengenai kempen Manek Urai dan potensi PAS menang pada pilihanraya kecil itu, beliau berkata InsyaAllah PAS akan menang dengan majoriti lebih besar.

(Gambar kiri - orang ramai yang hadir menyaksikan persembahan kebudayaan Islam sempena program Comel dan Sihat semalam.

Beliau yang telah berkampung sejak beberapa hari lalu di daerah mengundi Kampong Laloh yakin Peti Undi (UPU) itu akan menang melebihi 153 undi sebagaimana yang diperolehi PAS dalam pilihanraya umum lalu.

”Saya sasarkan (UPU) Laloh akan menang dengan 270 undi majoriti, bertambah sebanyak 117 undi (berbanding PRU 12),”ujarnya.

Beliau yakin sasaran itu akan menjadi kenyataan berdasarkan sambutan program-program yang dianjurkan serta ‘sentuhan peribadi’ beliau dan Ketua UPU Laloh, Mat bin Tapa ketika menziarahi rumah pengundi.
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/ProgramUPULaloh%20029.jpg

”Sambutan pengundi Laloh sangat menggalakkan, bahkan mereka berjanji akan
mengudi ‘Abe Uji’,

”sebanyak 120 buah rumah sasaran yang saya pergi memberikan komitmen akan mengundi PAS,”jelasnya.

Selain kontinjen negeri Terengganu, PAS Kawasan Bachok menjadi pasukan pembantu jentera pilihanraya kepada UPU Laloh.

(Gambar kanan - Kontinjen Terengganu turun bersama orang ramai di malam Kebudayaan Islam di Padang Majlis Daerah Dabong, Laloh)


Buletinonline dimaklumkan, beberapa program besar telah diadakan di Kampung Laloh antaranya adalah Sukan PASTI negeri Kelantan dan Program Comel dan Sihat yang di anjurkan bersama Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .