Ikuti Blog ini

KETERBUKAAN PAS TIDAK MENGUBAH DASAR PARTI




KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Debat, hantar surat, menasihat, berdialog dan wacana adalah antara 'jendela-jendela' yang dibuka oleh PAS yang ada dalam amalan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan risalah Islam.

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata banyak lagi 'jendela-jendela' yang dibuka seperti apa yang diperkenalkan oleh Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat untuk mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain dalam menyampaikan mesej PAS berdasarkan risalah Islam yang wajib di sampaikan kepada seluruh manusia.

"Namun apa pun jendela yang kita buka, kita mesti istiqamah dengan dasar dan parti kita sendiri. Ini sangat penting," katanya dalam satu temubual ringkas Harakah bersama beliau di pejabat agung PAS dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pelawaan Musryidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak untuk berdebat.

"Dan saya yakin Umno tidak bersedia untuk berdebat," katanya.

Sementara itu ketika ditanya berhubung perkembangan mutakhir yang memberi gambaran negatif dan 'isyarat' yang salah terhadap PAS, beliau menyeru semua pihak agar tidak terperangkap dengan permainan sesetengah media yang disalahguna untuk menyerang PAS yang sentiasa berpendirian teguh terhadap dasar parti.

"Kita minta seluruh pemimpin dan ahli PAS istiqamah dengan dasar dan konsep perjuangan kita.
"Dan dalam masa yang sama kita tidak melatah dengan usikan media-media yang tidak bertanggunjawab," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.(harakahdaily)


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .