Ikuti Blog ini

KERANA MANEK URAI, PPSMI DIMANSUHKAN



Seperti yang kami ramalkan sebelum ini, kerajaan UMNO BN telah memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan.

Keputusan Kabinet itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Banyak pihak melihat pemansuhan itu mempunyai muslihat untuk UMNO BN mencari sokongan di dalam pilihanraya kecil Manek Urai yang akan berlansung pada 14 Julai ini.

Namun sungguhpun demikian, pemasuhan itu adalah hasil daripada perjuangan gerakan aktivis bahasa di dalam GMP (Gerakan maansuhkan PPSMI) bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya pada 7 Mac lalu.

Matlamat GMP ialah untuk melihat dasar PPSMI dimansuhkan oleh kerajaan, dan bahasa Melayu didaulatkan semula sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Dato' Hassan Ahmad, Pengerusi GMP, sudah menyatakan bahawa Himpunan 100 Ribu pada 7 Mac itu adalah himpunan untuk menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, pihak polis telah menggunakan kekerasan seperti menembak gas pemdih mata ke arah peserta anti-PPSMI, termasuk kepada aktivis bahasa yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah menara gading dan juga pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada di kalangannya terdiri dari ahli-ahli parlimen.

Pada ketika itu polis Malaysia telah bertindak seperti binatang ke atas kelompok cendekiawan dan golongan berilmu.

Dan kini dimana pihak polis mahu meletakkan mukanya apabila kerana hendak menang pilihanraya Manek Urai, kerajaan telah terpaksa memansuhkan PPSMI yang menjadi matlamat kepada perhimpunan yang dimusuhi sangat oleh pihak polis berkenaan.

Justeru itu, pengundi Manek Urai tidak semudah itu untuk termakan dengan tindakan UMNO BN yang keterlaluan menggunakan polis sebelum ini untuk menekan dan menzalimi rakyat dengan pengumuman pemasuhan PPSMI tersebut, kerana UMNO dulu kini dan selamanya sememangnya memusuhi bangsa dan bahasa ibundanya sendiri.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .