Ikuti Blog ini

Ketua Kampong Perak Saman Kerajaan Negeri Perak




Peguam memberikan sedikit penerangan kepada Ketua-Ketua Kampong berhubunghasil perbicaraan sebentar tadi


22 Julai, Ipoh : Ketua-Ketua Kampong Negeri Perak yang dilantik oleh YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin , telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Ipoh pagi tadi satu semakan kehakiman ; memohon relif-relif berhubung pemecatan atau penamatan perkhidmatan kesemua Ketua Kampong berkuatkuasa 16 April, 2009 oleh kerajaan Negeri Perak.

Status-Quo mereka ialah, mereka masih lagi
Ketua Kampong yang sah apabila Mahkamah
menerima affidavit mereka pagi tadi

Ketua Kampong Sungai Ati , Padang Rengas, Mohd Ridzuan Bin Asit telah menuntut bagi pihak diri sendiri dan sebagai mewakili kesemua Ketua Kampong berkenaan.Mereka telah diwakili oleh tiga orang panel Peguam.

Ketua-Ketua Kampong menuntut supaya mahkamah membatalkan keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memecat ataupun menamatkan perkhidmatan mereka yang telah dilantik oleh YAB Dato' Ir Hj Mohammad Nizar dan menuntut untuk mendapatkan perintah mandamus yang mewajikan respondan (Kerajaan Negeri Perak) untuk melantik semula kesemua Ketua-Ketua Kampong dan Pengerusi JKKK sehingga 31.7.2010.

Peguam Yussuf Ali bersama Chan dikerumuni
pihak media selepas keluar dari bilik mahkamah

Mereka juga menuntut perintah deklarasi bahawa pemecatan mereka atau penamatan perkhidmatan tersebut adalah tidak sah, batal dan kosong dari segi undang-undang.

Mereka juga memohon untuk mendapatkan perintah injunksi untuk melarang Responden atau agen-agen Responden , atau pengkhidmat-pengkhidmat Responden dari melantik sesiapa yang lain sebagai Ketua Kampong ataupun Pengerusi JKKK ataupun memberi kepada kepada sesiapa yang lain hak-hak ataupun kuasa-kuasa Ketua Kampong ataupun Pengerusi sebelum 31.7.2010

Satu pertanda baik terukir melalui senyuman
dua peguam muda ini, Leong dan Chan

Hakim yang bersidang bersetuju untuk mendengar tuntutan-tuntuan tersebut termasuk tuntutan gantirugi atau gantirugi punitive, keterlaluan dan teladan untuk dibayar kepada pemohon dan kesemua Ketua Kamnpong yang terlibat.

Satu siasatan dan taksiran akan dibuat bagi menentukan gantirugi untuk dibayar kepada pemohon serta lain-lain relif yang Mahkamah anggap suaimanfaat.

Perbicaraan akan disambung pada 2 September akan datang - al-husseyn


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .