Ikuti Blog ini

Ku Li bebas terima pelawaan



Sudah tiba masanya veteran Umno yang juga bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan pendirian politiknya secara jelas.


Ini memandangkan anggota parlimen Gua Musang itu kini lantang mengkritik kerajaan Barisan Nasional. Terbaru Ku Li menyokong usaha kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak 5 peratus daripada Petronas.

Ekoran itu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mempelawa Ku Li menyertai KeADIlan untuk bersama berjuang menegakkan keadilan.

Saranan bekas anggota parlimen Kota Bharu itu turut mendapat reaksi positif PAS Kelantan.

Timbalan Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato'Ahmad Yakob berkata, sesiapa pun boleh menyertai mana-mana parti dan saranan yang dibuat Zaid sudah tentu mempunyai alasan tersendiri.

"Bagi saya itu kebebasan dalam demokrasi berpolitik, sesiapa saja boleh memberi saranan dan mereka yang dipelawa boleh bertindak sewajarnya," kata beliau pada sidang media selepas majlis pecah tanah dan solat hajat membina rumah kedai di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan ramai pemimpin Umno mengecam tindakan Zaid mempelawa Ku Li menyertai KeADIlan termasuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ku Li pada 1987 pernah keluar Umno dan menubuh Parti Semangat Melayu 46 setelah gagal dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Umno di tangan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Ditanya kemasukkan bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng bersama KeADILan Ahmad yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat berkata, Umno kini berada dalam gelisah kerana semakin ramai pemimpin kanan BN menyertai Pakatan Rakyat.

"Umno dan BN seharusnya mengambil isu itu sebagai satu pengajaran setelah semakin ramai pemimpin mereka meninggalkan parti dan menyertai Pakatan Rakyat," ujar beliau.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .