Ikuti Blog ini

Pemuda PR Desak Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat Kematian Teoh



Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes kematian Teoh Beng Hock.

Memorandum itu diserahkan oleh wakil Pakatan Rakyat yang juga Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook diiringi dengan 20 orang pemuda dari DAP, PKR dan PAS.

Beliau berkata penubuhan suruhanjaya diraja itu perlu berikutan kematian Teoh banyak menimbulkan keraguan di kalangan rakyat.

"Dalam memorandum tersebut kita telah menyeru kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini kerana kegagalan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja ini hanya akan menimbulkan lebih banyak persepsi yang negatif, persoalan dan tandatanya kepada apa yang sebenarnya berlaku," ujar Loke.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .