Ikuti Blog ini

Unit Amal Badan Sukarelawan Untuk Semua.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/smn-Gambar3.jpgHULU TERENGGANU - Unit Amal (Amal) menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa khidmat masyarakat yang diberikan unit tersebut hanyalah untuk ahli-ahli PAS semata-mata.

Sebaliknya ia adalah pertubuhan sukarelawan yang terbuka kepada semua, untuk kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang kaum.

Pengarah Unit Amal Negeri Terengganu, Mohd Shaiful Ambia Darusa berkata, walaupun penubuhannya ‘dibayangi’ parti politik tetapi dari sudut latihan dan pelaksanaan kerja-kerja sukarela, Amal tidak berhalangan dan bebas sebagai sebuah badan sosial.

“Tidak dinafikan Unit Amal ini di bawah PAS, tetapi kerja-kerja sukarela yang kita jalankan tidak terhad kepada kawasan tertentu atau hanya penyokong PAS semata-mata, ia adalah untuk semua


(Gambar - anggota unit amal mengharung air sungai sewaktu latihan dan pertandingan Jambori baru-baru ini)
.


“Paling penting ialah kita dapat menabur bakti secara sukarela kepada masyarakat kerana jalinan pemuafakatan sebenarnya lebih bernilai.

“Berkonsepkan kemasyarakatan, Unit Amal menolong mereka yang memerlukan (bantuan) dari aspek tenaga seperti membantu mangsa-mangsa banjir di Johor beberapa tahun lalu,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan keperluan dapur yang berupa beras, gula minyak kepada penduduk miskin sekitar Kampung Tajin, disini.http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/smn-Gambar2.jpg

Menurutnya Unit Amal negeri Terengganu telah berkampung selama tiga hari, di Kampung Gaung, dekat Jambatan Kuala Berang, disini, dalam acara tahunan, Jambori Amal Peringkat Negeri.

Katanya pelbagai acara diadakan termasuk latihan dan pertandingan yang melibatkan fizikal dan mental, selain program kemasyarakatan, memberi khidmatan kepada masyarakat setempat seperti gotong royong, membantu golongan kurang bernasib baik, dan menyampai sumbangan bantuan keperluan harian.

“Tahun lalu kita adakan di Merchang, Marang dan kali ini selain mengadakan perkhemahan di sini, terdapat juga beberapa aktiviti sampingan melibatkan khidmat sosial di beberapa kampung dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Berang iaitu Kampung Tajin, Kampung Tanjung dan Telaga Putat.

“Selain aktiviti sukaneka, kita juga menjalankan program gotong-royong membersihkan tanah perkuburan, menjalankan kerja-kerja mengecat, membina surau dan menziarahi rumah-rumah golongan fakir miskin,” katanya.

Menurutnya, serama 250 orang peserta Amal dari seluruh negeri menyertai program tersebut yang di anjurkan dibawah Jabatan Amal, Dewan Pemuda PAS Terengganu.

Turut hadir dan menyampaikan sumbangan bantuan keperluan kepada penduduk Kampung Tajin ialah Bendahari PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kawasan Hulu Terengganu, Hj Muhyidin Abdul Rashid

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/smn-Gambar1.jpg



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .