Ikuti Blog ini

Pemuda Umno serah bukti pengundi hantu

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang hari ini menyerahkan bukti mengenai kewujudan pengundi hantu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketuanya, Norman Zahalan, yang ditemani lebih 30 anggota pergerakan itu menyerahkan sepucuk surat rasmi serta senarai pendaftaran pengundi berkenaan kepada Penolong Pegawai Pengurus SPR, Masirah Che Ani, di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini.

Norman berkata, selepas membuat bancian terhadap 30 rumah di kawasan Permatang Pasir, Permatang Janggus dan Bukit Jelutong, terdapat sembilan pengundi yang tidak dikenali didaftarkan di dua alamat berasingan.

Ketika ditemui pemberita, beliau berkata, daripada sembilan nama itu, terdapat dua pengundi Cina didaftarkan di rumah penduduk Melayu dan tidak dikenali oleh tuan rumah.

"Satu lagi alamat rumah di kawasan berkenaan mempunyai 14 pengundi yang mana tujuh daripadanya tidak dikenali oleh tuan rumah tersebut," katanya.

Katanya, ini adalah bukti peringkat pertama yang diserahkan kepada SPR dan percaya jumlah itu mungkin mencecah 3,000 orang.

"Kita akan terus mengesan pengundi-pengundi sedemikian," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, yang turut hadir di pejabat itu berkata selama ini pihak pembangkang yang selalu membangkitkan isu pengundi hantu.

Beliau berharap pihak SPR akan menjalankan siasatan pengundi hantu ini dengan segera supaya tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian kelak.

Sementara itu, Masirah berkata bukti itu akan dipanjangkan kepada SPR Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

* Umno : Sekejap kata tiada pengundi hantu, sekejap kata ada pengundi hantu. Jangan sampai orang kata dia yang hantu.

Oleh kerana KJ baru perasan adanya pengundi hantu dalam daftar pengundi di N11, maka aku cuba menjejaki para pengundi hantu yang disebut oleh KJ untuk mendapatkan penjelasan dari mereka...
Tapi sayang... semuanya tidak memberi kerjasama... aku rasa betul la dakwaan KJ tu... SPR nak ambik tindakan ke tak ni..?
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .