Ikuti Blog ini

Kempen UMNO di Bagan Pinang

http://www.buletinonline.net/images/stories/PRKBaganPinang/ZulkefliOmar.jpgTELUK KEMANG – Walaupun secara rasminya tempoh kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang belum bermula, namun UMNO dan Barisan Nasional telah mula menjaja ’cakap-cakap politik’ untuk mempertahankan DUN tersebut.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar berkata, antaranya UMNO berkempen mengatakan sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRK Bagan Pinang, Barisan Nasional masih memerintah di Negeri Sembilan.

”UMNO pun dah mula kempen, dia kata kalau menang Pakatan (Rakyat) di kawasan ini (Bagan Pinang), BN masih lagi bekuasa di Negeri Sembilan,

”jadi, dia kata, tak ada makna beri (undi) kepada Pakatan dan PAS dalam pilihanraya kecil ini,”katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Sambutan Eidul Fitri di Kampung Bagan Pinang, semalam (27 September).

Sebaliknya, kata Zulkefli, PRK Bagan Pinang adalah amat penting kerana ia merupakan kubu kuat UMNO, sekiranya Pakatan Rakyat menang ia akan merubah lanskap politik negara.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, katanya, akan mencabut ’tali hayat’ kekuasaan BN di Parlimen yang bergantung kepada sokongan politik di Sabah dan Sarawak.

”Angin perubahan di Semenanjung (Malaysia) begitu kuat, dan kita percaya sekiranya kita mencapai kemenangan demi kemenangan, rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak akan mengikut kita (Pakatan Rakyat),”jelasnya

Menurutnya, parti-parti politik di Malaysia Timur akan mengikut parti mana yang mendapat kemenangan terbanyak di Semenanjung.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .