
Menjadi Hamba itu sukar,tetapi menjadi MAKHLUK itu senang..Kerana Makhluk itu tiada AKAL akan tetapi OTAK semata !!!!Otak itu tiada berguna tanpa AKAL!!!


Apakah dek kerana terpengaruh dengan wawasan yang dikemukakan oleh Mahathir, maka Najib tiba-tiba menganggap idea ciptaan beliau "1Malaysia" itu "saling tak tumpah" seperti apa yang dilakukan oleh Baginda Rasullullah dalam membina kerajaan Islam di Madinah dulu. Najib harus "cermin diri" dulu sebelum mengeluarkan kenyataan seperti ini. Menyamakan "1Malaysia" yang dicedok dari konsep "1Israel" itu seperti yang dilakukan oleh junjungan besar Nabi Muhammad itu, jelas sekali menonjolkan lagi "kejelekan" beliau di mata rakyat sebenarnya. Malah, bukan sahaja rakyat Malaysia yang akan mentertawakan beliau itu. Kemungkinan besar, seluruh masyarakat Islam seantero dunia juga pasti menganggap "Najib sudah gila meroyan" agaknya. Beliau tidak layak untuk menyamakan "1Malaysia" sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah. Tambahan pula "1Malaysia" itu tidak berteraskan undang-undang Islam sebenar iaitu "hukum hudud" yang diturunkan oleh Allah SWT di atas muka bumi ini. Malaysia bukan negara Islam sebenar, tetapi lebih kepada "ciptaan manusia yang dipimpin oleh puak-puak UMNO" itu sendiri. Malaysia ialah sebuah negara Islam Hadhari yang memisahkan agama dengan kehidupan manusia itu sendiri. Islam yang mencampur adukkan yang halal dan yang haram dalam satu "acuan" yang akhirnya menghancurkan umat Islam itu sendiri. Malah, kewujudan Islam Hadhari juga jelas telah memesongkan iman dan akidah rakyat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini. Mereka melihat kerajaan Islam UMNO begitu hebat kerana dalam pada mengaku negara ini Islam, mereka turut merelakan dasar-dasar jahiliyah dikekalkan. Lantaran itulah mutakhir ini banyak kejadian-kejadian yang berlaku di zaman jahiliyah kini terjadi pula dalam masyarakat kita, malah ia ternyata lebih berbahaya dari dulu !
Semua ini jelas menggambarkan bahawa Najib Razak sebenarnya "tidak berpijak dibumi yang nyata" dalam mengeluarkan kenyataan beliau. Malah katanya konon beliau ingin berlaku adil kepada 27 juta rakyat Malaysia, adalah satu "omongan kosong" yang tidak masuk dek akal sama sekali. Najib bukan "Tun Razak" yang cukup disanjung selama ini. Najib adalah perosak agama, bangsa dan negara tercinta. Malah pendedahan demi pendedahan tentang skandal Najib cukup memalukan kita selama ini. Keenganan Najib untuk mempertahankan dirinya dan menyaman pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan juga mendedahkan kepada perasaan syak wasangka dikalangan rakyat. Maka itulah mereka melihat kerajaan yang ada dan dipimpin oleh Najib tidak wajar disamakan dengan kerajaan Islam Madinah pimpinan Rasulullah SAW. Najib tidak adil kepada rakyat, malah mendera rakyat di saat mereka berada dalam keperitan serta kepayahan hidup. Minyak dinaikkan tatkala menjelangnya perayaan besar seperti Hari Raya Aidil Fitri ini. Rakyat langsung tidak didahulukan dalam membuat keputusan drastik itu. Bila rakyat bangun memberontak, maka mereka akan dizalimi serta dikasari oleh pihak polis yang diupah oleh Najib untuk menakutkan rakyat. Akhirnya mereka disuruh menjadi "katak di bawah tempurung" dan menerima sahaja apa yang dilakukan oleh kerajaan, hatta merompak serta menyelewengkan wang rakyat sekali pun. Apakah amalan ini terdapat dalam sebuah negara Islam ketika zaman pemerintahan Rasulullah dulu?. Pengunaan akta zalim ISA, iaitu penahanan tanpa bicara terus dijadikan alat untuk menghumban mana-mana pihak yang didapati menganggu keharmonian dan keselamatan negara. Apakah undang-undang seperti ini diamalkan oleh Rasullullah ketika zaman pemerintah baginda itu dulu?.