Ikuti Blog ini

Nasihat YAB TG Nik Aziz Kepada Semua RAKYAT Malaysia




Pernahkah anda menonton filem yang dilakonkan oleh YAB Nik Aziz dalam 15Malaysia iaitu "The Tree".

Dalam filem itu, YAB Nik Aziz telah mengambarkan proses kehidupan manusia bagaikan menanam sepohon pokok.

Seseorang yang menanam pokok bukan sahaja dapat menolong orang lain tetapi juga akan membawa pahala kepada diri sendiri.

Penanaman sepohon pokok akan memanfaatkan hidupan yang brgantung kepada pokok itu contohnya burung. Selain itu, buah-buahan yang dihasilkan daripada pokok itu juga dapat diberikan kepada mereka yang memerlukan. Ini bermakna kita mestilah sentiasa "menanam pokok" sepanjang kehidupan kita, kerana tindakan itu banyak menolong orang lain. Tindakan "Penanaman Pokok" disini bererti kita mestilah membuat perkara yang baik dimana tindakan kita itu akan memanfaatkan orang lain.

Selain itu, penanaman sepohon pokok juga dikatakan membawa manfaat kepada diri kita. Kekayaan yang dipunyai sekarang tidak mungkin dibawa ke akhirat. Wang tidak dapat dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang akan dijadikan penentu pada akhirat nanti. "Merit" yang dimaksudkan disini ialah pahala yang dibuat oleh seseorang manusia sepanjang kehidupannya.

Selain itu, cara menanam pokok juga perlulah mengikut cara yang halal. Cara yang salah dari undang-undang tidak akan membawa pahala kepada kita. Sebagai contoh memberikan upahan yang tidak berpatutan kepada mereka yang telah menolong anda menanam pokok. Cara yang salah tidak dianggap membawa pahala kepada diri anda walaupun pada akhirnya "pokok" itu berjaya ditanam. Hal ini bererti kita harus menghayati sumbangan orang lain dan tidak cuba menipu, mencuri atau melakukan perkara yang haram sepanjang hidup kita.

Mesej yang dibawa dalam filem itu bukan sahaja kepada warga Islam sahaja bahkan kepada warga bukan Islam dan seluruh RAKYAT MALAYSIA.

Saksikanlah filem itu...

15Malaysia : The Tree (YAB Nik Aziz)
http://www.ruumz.com/15Malaysia/
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .