Ikuti Blog ini

SPR Bertindak Luar Biasa Sekat Pilihan Raya Kecil Tiga DUN Perak

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu, hari ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita10/3kataklompatdunperak.gifPeguam Datuk S Ambiga, menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V Sivakumar.

"Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku," katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.

Ambiga, yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.

Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu; Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan SPR sebagai responden.

Dalam hujahnya, Ambiga berkata, bahawa menerusi sepucuk surat kepada Sivakumar pada 5 Februari 2009, SPR sudah menyatakan bahawa ia tidak dapat menentukan yang ketiga-tiga kerusi itu kosong, dan dengan itu, tidak boleh mengadakan pilihan raya.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .