Ikuti Blog ini

Angin Perubahan: Anggota Tentera bersedia


BAGAN PINANG, 6 Okt - Angin perubahan sedang berlaku dikalangan anggota tentera dan mula bertiup dari Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA) Kem Sirusa, dekat sini.


Yakin dengan angin perubahan yang akan menyebelahi PAS, Ahli Jawatankuasa Pilihanraya PAS, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik melihat PAS mempunyai peluang yang cerah dalam pilihanraya kecil ini.


"Kita kalah 2,333 undi dan disana ada 5, 000 undi pos, bagaimanapun tidak mustahil kita boleh menang, kerana pilihanraya umum yang lepas kita dapat seribu lebih undi pos," ujarnya.


Menurut maklumat yang diperolehinya dari petugas PAS dan Pakatan Rakyat, anggota tentera sebahagiannya bersedia untuk membuat perubahan, walaupun ada yang takut-takut dengan Kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.


Menurut maklumat itu lagi katanya, kemudahan dan prasarana untuk kehidupan askar yang ada di Kem Sirusa, memang tidak memuaskan itu tidak diambil perhatian sejak sekian lama.



Beliau yang ditemui wartawan sebuah portal online dipetik berkata, hasrat ’mahu berubah’ sebahagian tentera dalam DUN Bagan Pinang telah disampaikan kepada PAS oleh para tentera diseluruh negara sendiri.


Menurutnya, peluang PAS bagi menawan DUN tersebut dalam pilihanraya kecil kali ini cerah kerana PAS telah mempunyai asas sokongan sebanyak 20 hingga 25 peratus, melebihi seribu undi pada pilihanraya umum lalu.


"Malah jaminan dari bekas-bekas pegawai tentera memberikan kerjasama kepada PAS bahkan mereka kini sedang berusaha bertungkus lumus, menggerakkan kempen di DUN Bagan Pinang," ujarnya selepas majlis Sambutan Eidul Fitri Alumni Pelajar Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, semalam.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .