Ikuti Blog ini

PAS Optimis Tawan Semula Terengganu

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali optimis, PAS akan dapat memerintah semula negeri Terengganu selepas pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan ribuan pemuda PAS negeri Terengganu yang hadir dalam program Konvensyen Pemuda PAS Negeri di Markaz Tarbiah disini.

”Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri sangat ras bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama dengan pemuda yang begitu ramai pada petang ini,

”saya yakin dan percaya sekiranya inilah komitmen, kesungguhan dan iltizam, air muka yang begitu ceria bersungguh-sungguh datang beramai-ramai pada petang ini, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menawan balik negeri Terengganu dalam pilihanraya akan datang,”ujar Yahaya disambut dengan laungan takbir.

Beliau berkata, para pemuda yang telah menjadi ahli PAS mempunyai satu ‘bai’ah’ janjisetia dan tanggungjawab, untuk ‘sehidup semati’ dengan perjuangan menegakkan Islam.

Oleh itu, katanya, setiap tenaga pemuda dari pelbagai latarbelakang, tanpa mengira pendidikan dan profesyen akan digembelingkan bagi menggerakkan kerja-kerja perjuangan mencapai cita-cita bersama itu.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .