Ikuti Blog ini

Kes liwat Anwar tidak jejas peranan penasihat ekonomi Selangor

Anwar (empat dari kanan) dengan pemilik-pemilik yang telah dapat kunci rumah mereka.

HULU KLANG, Feb 20 — Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tanggapan sesetengah pihak peranannya sebagai penasihat ekonomi Selangor terjejas ekoran perbicaraan kes liwat beliau dengan melancarkan program pemulihan rumah terbengkalai di negeri itu di sini pagi ini.

“Ada baiknya perbicaraan ditangguhkan, jadi saya boleh berada di sini,” kata beliau yang berhadapan dengan kes liwat kali kedua.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga hujung bulan depan.

Justeru, Penasihat PKR ini meneruskan urusannya seperti dengan menyerahkan kunci kepada pemilih rumah pangsapuri Taman Ukay Bistari di sini, projek yang sedang dibaik pulih dan sedang di pelbagai peringkat siap selepas lewat empat tahun.

Program pemulihan projek-projek perumahan merupakan antara enam fokus diumumkan oleh kerajaan negeri tahun lalu untuk merangsang ekonomi negeri tahun lalu.

Anwar yang dilantik sebagai penasihat berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah “mewarisi” sebanyak 141 projek terbengkalai daripada kerajaan negeri Barisan Nasional tetapi akan memulihkan demi kepentingan pembeli.

“Kerajaan terdahulu membuat pakatan dengan pemaju-pemaju berbanding (kepentingan) pembeli dan kini rumah-rumah ini tidak dibina,” katanya.

Beliau membidas kurangnya kemahuan politik pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan undang-undang tidak adil yang memihak para pemaju berbanding pembeli rumah.

“Apa yang diperlukan ialah kemahuan politik dan perubahan dalam undang-undang,” katanya.

Tambah beliau sekurang-kurangnya RM5 bilion diperlukan untuk memulihkan kesemua projek yang terbengkalai.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri tidak akan lari daripada tanggungjawab membantu pembeli terbabit.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .