Ikuti Blog ini

Akhirnya Datuk Zaid Ibrahim Bakal Bertemu Satu Lawan Satu Dengan Calon BN Apabila Dua Calon Bebas Tiba-Tiba Menarik Diri !

Akhirnya Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu seperti yang diharapkan. Ini berikutan dua calon bebas iaitu VS Chandran dan Johan Mohd Diah tiba-tiba menarik diri. Perkara itu telah disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar. Sususlan daripada itu, maka Calon Pakatan Rakyat dari PKR Datuk Zaid Ibrahim bakal berhadapan dengan Calon BN (MIC) P.Kamalanathan pada 15 April ini. Difahamkan Johan Mohd Diah telah menandatangani borang menarik diri di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru, kira-kira pukul jam 9.05 malam tadi.

Beliau bagaimana pun tidak mahu mengulas mengenai keputusannya itu. Johan yang juga AJK Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, sebelum itu telah mengadakan sidang media di Felda Sungai Tengi, Hulu Bernam petang semalam, mengenai persediaannya menghadapi pilihan raya. Dengan penarikan diri dua calon terbabit juga, maka pilihanraya kecil ini dijangka bertambah sengit. Malah, isu undi berpecah juga kini sudah tidak boleh diperkatakan lagi selepas kedua-dua calon bebas itu menarik diri.

Dalam perkembangan lain, ramai yang meramalkan peluang kedua-dua parti bertanding kali ini nampak semakin seimbang berikutan tindakan SPR mengeluar dan memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar parlimen Hulu Selangor ke kawasan lain. Semua ini adlaah petanda awal yang SPR ingin memastikan BN menang besar dalam pilihanraya yang dilihat paling agreasif sama seperi di Pilihanraya Kecil Ijok dulu.

[Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih kuat lagi jika mahu memastikan kemenangan tercapai dalam pilihanraya kecil ini. Terdapat maklumat dalaman UMNO yang mengatakan, sememangnya jentera mereka diarahkan bertindak kasar pada kali ini bagi menakut-nakutkan pengundi yang akan keluar mengundi pada 25 April ini. Terdapat bukti kukuh yang mereka sengaja melakukan provokasi melampau pada hari penamaan calon bagi menjatuhkan imej Pakatan Rakyat yang kononnya tidak berdisplin dan ganas.

Walhal, perkara sebaliknya yang berlaku. Ezam Md Noor yang dipertanggungjawabkan dengan Muhyiddin untuk memastikan kelancaran pilihanraya kecil ini telah digantikan dengan Khairy Jamaluddin di saat-saat akhir oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO BN. Semua itu sebagai langkah berjaga-jaga dan dek kerana Ezam dipercayai masih berdarah daging Parti Keadilan Rakyat. Apapun terjadi kemenangan harus dicapai jika ingin memastikan Putrajaya milik kita dalam pilihanraya umum nanti. Suara rakyat suara keramat yang akan menentukannya].-Pahang Daily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .