 JUCTICE For  Aminurrasyid.
JUCTICE For  Aminurrasyid.
1. Kami  bukan mempolitikkan isu ini tetapi tugas kami sebagai ahli politik  untuk membela masyarakat tertindas dan membantah sebarang bentuk  penyalahgunaan kuasa . Ketua Polis Selangor kata ahli politik jangan  campur ! ini kenyataan yang tidak betul ! Jika kes seperti ini tidak  ditangani oleh orang politik , jangan harap kes ini akan diberi  perhatian serius . Tengok sahaja apa yang berlaku sekarang , Polis yang  menembak Aminurrasyid hanya ditukar kerja bukan digantung tugas .  Bagaimana kalau yang menembak itu orang biasa , saya yakin orang itu  akan terperosok dalam penjara menanti tarikh pembicaraan .

2. Kita  bukan menentang PDRM malah sangat memahami keperntingan serta keperluan  PDRM bagi mengjaga dan mengawal keselamatan negara dan rakyat . Apa  yang kita tentang ialah penyalahgunaan kuasa atau tindakan yang tidak  menepati undang - undang dan peraturan . Hanya beberapa anggota Polis  yang terlibat , bukan semua maka 
Ketua  Polis Negara tidaklah perlu menggelabah . Jika benar ia tetap  benar namun jika salah maka perlu diambil tindakan .

3.   Pemuda PAKATAN Rakyat mendesak supaya satu Suruhanjaya Penyiasat yang  bebas seperti SUHAKAM atau Suruhanjaya diRaja segera dibentuk untuk  menyiasat kes ini . Bukan kita tidak percaya kepada Polis tetapi 
tidak wajar polis siasat polis .

3. Segala tuduhan awal yang telah  dilemparkan kepada Allahyarham Aminurrasyid wajar malah mesti ditarik  balik kerana ia memburukkan nama baik keluarga dan merosakkan reputasi  mereka .  Allayarham tidak memiliki  rekod jenayah malah diberitahu oleh saksi bahawa mereka bukan  pulang dari menyamun tetapi hanya pulang dari keluar bersama kawan -  kawannya .
4. Kami akui , pelajar remaja seperti Allahyarham  sewajarnya tidak dibiarkan berkeliaran diwaktu lewat malam pula memandu  tanpa lesen oleh kedua ibubapanya tetapi apakah kesalahan - kesalahan itu mesti  dihukum tembak sampai mati ?