SEMALAM pembaca  terdendang dengan cerita (laporan)  indah tetapi tidak mungkin akan  menjadi kenyataan. Ceritanya ialah SPRM  akan menyiasat Najib Razak yang  didakwa telah melakukan rasuah politik  dalam pilihan raya kecil Sibu,  Sarawak dengan berjanji untuk memberi  bantuan kewangan sebagai balasan  menyokong calon BN.
Kata  pengerusinya, Abu  Kassim Mohammad, (foto) pihaknya akan  menyiasat apa saja  aduan yang dibuat ke atas Perdana Menteri itu.
“Semua   aduan berkaitan politik wang akan disiasat oleh SPRM. Kami akan   menyiasat selagi aduan yang dibuat itu berkaitan dengan politik wang,”   begitulah kata Abu Kassim dipetik dari sebuah laporan portal berita.   Betulkah begitu duhai Abu Kassim?
Kenyatana  itu tegas dan  mampan bunyinya. Seronok pula rakyat di bawa yang  mendengarnya. Apa  lagi anggota polis atau pegawai imigresen yang  menerima rasuah seringgit  dua kemudian dikenakan hukuman,  lagi seronok mendengar  kenyataan Abu Kassim itu.
Kenyataan  itu  menggambarkan seolah-olah SPRM  benar-benar badan bebas. Seolah-olah SPRM  tidak pernah tunduk kepada  mana-mana tekanan sebelum ini. Seolah-olah  SPRM setelah menjadi sebuah  Suruhanjaya ini tidak akan memandang bulu  dan akan menyiasat sesiapa  saja.
Memang  satu sejarah  kecil kepada SPRM dengan kenyataaan bersifat umum oleh  Pengerusinya itu,  sedia menyiasat sesiapa saja termasuk Perdana  Menteri. Dari sisi lain  dilihat kenyataan Abu Kassim itu menggambarkan  keberaniannya dan  ketelusan SPRM.
Sebenarnya  Abu Kassim tidak payah  mengulangi ketegasan dan tanggungjawab  institusi berkenaan. Memang SPRM  perlu dan boleh menyiasat sesiapa saja  tanpa mengira pangkat dan  kedudukan. Bukan saja Perdana menteri,  tetapi diri sendiri juga kalau  Abu Kassim ada membuat salah ia perlu  disiasat. Bukankah SPRM itu  ditubuhkan untuk membenteras rasuah demi  keselamatan dan kesejahtraan  negara?
Jadi  sesiapa yang membuat salah  mereka harus disiasat. Makanya dalam soal  ini Abu Kassim tidak payahlah  susah-susah mencari galah panjang untuk  mengecap pelangi yang sudah  indah dan unik itu.
Perkara  paling pokok apakah  kata-kata beliau itu akan menjadi kenyataan. Itu  yang ditunggu. Mungkin  ianya ya, dalam saat SPRM dibebaskan dari  belenggu mana-mana kuasa  politik ia boleh bertindak dengan bebasnya.  Abu Kassim juga ingin  mencipta sejarah untuk dirinya sendiri. Dia mahu  muncul sebagai seorang  ketua yang menyiasat Perdana Menteri di akhir  zaman menurut dunia Umno  itu.
Kita  sokong dan berterima kasih  kalau SPRM benar akan menyiasat Najib Razak,  hatta Rosmah Mansor juga  kalau ada laporan. Itu tugas mereka. Tetapi  apa yang menjadi tanda tanya  di sini kalau ada penyiasatan ke manakah  akhirnya siasatan itu akan  diperutkan?
Kepada  saya kerja bakal dilakukan SPRM itu sia-sia  sahaja. Daripada Abu Kassim  kini selesa dengan kedudukanya itu, beliau  akan jadi tidak tenteram  kalau apa yang dikatakan itu akan dikotakan.  Katalah ada pegawai SPRM ke  pejabat Najib mengambil kenyataan, sudah  tentu akan berlaku rasa kurang  senang Perdana Menteri, kalau pun tidak  orang-orang Perdana Menteri.  Kerana kunjungan pegawai SPRM ke sesebuah  pejabat itu membawa pengertian  dan tanggapan yang negatif dan ianya  akan disensasikan oleh media massa  kelak. Ini boleh mengaibkan Najib.
Apakah  sanggup dan berani Abu Kassim melakukan itu. Antara tungas  dan  kepentingan diri mesti dalam perhitungan Abu Kassim sebelum  mengarahkan  pegawainya menyiasat dakwaan ke atas Najib apa lagi untuk  memanggil  Najib.
Juteru saya jamin mengatakan kalaupun ada prima farsi  dalam kes ini,  Najib melakukan penyalahgunaan kuasa, ia tidak akan  didakwa. SPRM hanya  setakat siasat sahaja tidak lebih dan tidak kurang  dari itu. Tetapi  pihak yang akan menyediakan kertas pendakwan ialah  Peguam Negara. Peguam  Negaralah akan menentukan sama ada ada kes atau  tidak ada kes. SPRM  tidak bertanggungjawab apa-apa selepas menyerahkan  kertas siasatan.
Kekurangan inilah yang dituntut oleh SPRM tetapi  enggan diberikan  oleh parlimen. Jadi kalau SPRM tidak ada kuasa  mendakwa dimanakah  kebebasan dan ketelusan institusi itu yang  dilaung-laungkan itu sebagai  bebas dan telus. Boleh tangkap tetapi  tidak boleh dakwa, samalah  melakukan kerja menangkap angin, ada tetapi  tidak boleh ditenguk.
Kalau   Abdul Ghani Petail kata tidak ada kes, maka Najib tidak akan didakwa.   SPRM kena akur saja. Siasatan yang dibuat oleh SPRM itu hanya boleh   dijadikan kertas modul untuk para pegawai baru SPRM melatih diri menjadi   seorang penyiasatan yang cekap sahaja.
Dalam  konteks hari ini  saya kira Abdul Ghani Petail tidak berani untuk  membuat pendakwaan  kepada Najib. Beliau akan menggunakan apa-apa juga  helah dan kuasa yang  ada kepadanya untuk menolak pendakwaan itu kalau  sekalipun siasatan SPRM  itu ada menunjukkan Najib cenderong melakukan  penyalahgunaan kuasa atau  rasuah seperti mana didakwa.
Kesimpulannya mudah, jangan kita merasa syok dan meriah dengan kenyataan Abu Kassim itu. Ia tidak akan menjadi pun. Saya rasa bukan sahaja Peguam Negara akan menolak, tetapi penyiasatan ke atas Najib pun akan difikir lebih 10 kali oleh SPRM untuk menyiasatanya. Abu Kassim hanya seorang Pengerusi kepada sebuah suruhanjaya yang dibentuk oleh kerajaan di mana ketua kerajaan kini ialah Mohd Najib bin Abdul Razak bin Hussein Ibni Raha Mohd Noh apakah Abu Kassim sanggup melanggar adat?

 

 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
