Ikuti Blog ini

Mari kenali salah seorang kumpulan 'ulamak' muda Umno...



Pada bulan 2 Mac 2010, Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya bersama pengikutnya telah ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Hah Ehwal Agama Islam N.Sembilan dgn kerjasama pihak polis atas tuduhan mengajar di negeri terbabit tanpa tauliah..Dan pada 25 Jun baru2 ini, beliau bersama 40 rakannya yg lain dilaporkan telah bertindak menyertai Umno...

Persoalan kini, apakah ulama muda UMNO ini akan diberikan tauliah dan bebas mengajar di mana2 surau dan masjid di sekitar N.Sembilan dan dinegeri2 lain setelah menyertai Umno? Apakah beliau sememangnya mempunyai agenda dan tujuan tertentu menyertai Umno? Apakah tujuan itu semata2 utk memudahkan 'pergerakan' dan misi 'dakwahnya' selepas ini?..sama2 kita tunggu dan saksikan...wallahua'lam..


Berita terdahulu..

Pendakwah perlu ada tauliah - JHEAINS

SEREMBAN 2 Mac - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak pernah menghalang mana-mana pendakwah untuk berdakwah di negeri ini dengan syarat mendapat tauliah.

Pengarah JHEAINS, Johani Hassan berkata, pendakwah yang hendak mengajar atau berceramah di negeri ini perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dan tauliah daripada jabatan itu.

"Tidak wujud soal menghalang pendakwah untuk berdakwah di negeri ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, JHEAINS tidak pernah berkompromi dalam soal itu, malahan bertegas terhadap perkara berkaitan tauliah demi kepentingan umat keseluruhannya.

"Ikutlah spesifikasi dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan oleh JHEAINS sebelum berceramah, mengajar atau menganjurkan program sedemikian," jelasnya.

Mengenai penahanan anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya, 30, sewaktu berceramah di Maahad Ittiba Sunnah, Kuala Pilah pada 28 Februari lalu, Johani berkata, surat pemakluman telah pun diberikan kepada pihak penganjur.

"Kita ada bukti mengenainya. Sebelum ini pihak penganjur telah diberitahu yang majlis berkenaan tidak boleh diteruskan kerana penceramah perlu mendapat tauliah.

"Sebab itulah anggota penguat kuasa JHEAINS membuat intipan dan akhirnya menahan Fathul Bari serta pengikutnya pada hari tersebut,'' jelas beliau.

Mengenai dakwaan Fathul Bari yang dia langsung tidak dihubungi pihak JHEAINS mengenai tauliah, Johani menjelaskan, surat telah dihantar kepada penganjur untuk menjelaskannya kepada Fathul Bari.

Dalam pada itu Fathul Bari yang menghubungi Utusan Malaysia di sini hari ini turut menafikan kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan), Ahmad Husaini Mustafa kononnya dia berdegil mengadakan ceramah walaupun telah dimaklumkan tentang keperluan tauliah tersebut.

''Sekiranya Ahmad Husaini maksudkan JHEAINS telah menghubungi saya, maka ia adalah tidak tepat. Tetapi jika pihaknya telah menghubungi Maahad Ittiba Sunnah, saya tiada pengetahuan mengenainya," kata beliau.

Fathul Bari juga melahirkan rasa hairan mengapa pihak penguat kuasa JHEAINS yang dikatakan berada dalam majlis yang sama dan mendengar ceramah tidak memperkenalkan diri serta memaklumkan lebih awal mengenai perkara itu.

''Apabila beberapa pegawai penguat kuasa JHEAINS dan polis tiba barulah tindakan diambil," katanya.

-Oleh: Pria Malaya

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .