Ikuti Blog ini

SPR digesa permudah pengundi tukar alamat

BATU GAJAH, 18 Julai: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh, kelmarin.

Program yang dimulakan pada pukul 6.30 petang itu mendapat sambutan sangat menggalakkan di mana ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.

Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan namun penukaran hanya boleh dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos besar.

“Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi,” katanya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan itu.

Katanya, bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut, yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke pejabatb SPR atau pejabat pos.

Beliau menjangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan.

Justeru, Sivakumar menyeru agar orang ramai yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi.

“Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my,” ujarnya. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .