Ikuti Blog ini

Apa Tindakan Ke Atas Ketua Polis Yang Tertembak Pegawai RISDA?

Mata Kanan Kakitangan Risda Yang Terkena Tembakan Disah Rosak

Mata kanan seorang petugas Risda yang terkena serpihan peluru penabur yang dilepaskan seorang pegawai polis ketika berburu di hutan Kemasul, Lanchang Sabtu lepas disahkan rosak.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail yang mengesahkan perkara iu, berkata serpihan peluru dalam mata kanan Abdul Ghani Midon, 49, bagaimanapun sudah dibersihkan.

"Mata kanannya rosak...sekarang ini dia stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut mendapati terdapat serpihan peluru di bahagian leher mangsa.

Serpihan peluru itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat dengan bantuan beberapa pakar termasuk pakar pergigian, katanya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Dalam kejadian pada 5.10 petang Sabtu lepas itu, Abdul Ghani dikatakan terkena serpihan peluru yang dilepaskan Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Fadzillah Mohamad ketika mereka memburu landak.

Rakyat tertanya-tanya, apa tindakan ke atas Ketua Polis Temerloh yang tertembak Pegawai RISDA itu? Atau apakah kes ini senyap begitu sahaja? -GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .