Ikuti Blog ini

E-Book Ke Sekolah Menengah; Kerajaan Terengganu Tiada Integriti

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita32/Audit%20001.jpgKUALA TERENGGANU - Tindakan kerajaan negeri Terengganu meneruskan program e-Book disifatkan sebagai satu keputusan yang angkuh dan sombong bukan sahaja kepada rakyat Terengganu malah kepada para pegawai kerajaan sendiri.

Pengarah Jabatan Penerangan PAS negeri Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah menganggap keputusan Exco berkenaan mengumumkan perlaksanaan program tersebut ke peringkat sekolah menengah pada tahun hadapan membuktikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu bukan kerajaan yang rasional dan berintegriti.

"Ia adalah bukti, bahawa Exco dan kerajaan negeri bersikap umpama orang yang cerdik tetapi tak boleh nak tumpang, bodoh tak boleh nak tunjuk, Jelas kerajaan negeri Terengganu pimpinan Umno tidak mengendahkan teguran rakyat,

"dan langsung tidak hormat kepada teguran pegawai kerajaan yang bekerja dengan ikhlas, khususnya kakitangan Jabatan Audit Cawangan Terengganu,"jelasnya ketika diminta mengulas laporsan akhbar yang memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkait perkara berkenaan.

Menurutnya, Jabatan Audit yang telah membuat pemeriksaan dan semakan ke atas program e-Book dan mengeluarkan satu laporan, menunjukkan terdapat beberapa penyelewengan yang berlaku dalam perlaksanaan program itu.

"Antaranya laporan tersebut menyebut tiada perjanjian dibuat diantara syarikat yang mengendalikannya, Top IT Sdn Bhd dengan kerajaan negeri, bahkan tidak ada juga sebarang perjanjian diantara Top IT dengan pembekal komputer yang dipercayai dari negeri China,"tegas Wan Sukairi.

Selain itu, dalam laporan audit itu juga menyebut, syarikat Top IT telah disaman kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta dengan meniru perisian Ensiklopedia al-Quran yang dibekalkan kepada para pelajar.

"Meneruskan program e-Book dan memperluaskan hingga sekolah menengah bermakna, kerajaan negeri telah menolak laporan Jabatan Audit dan melanggar integriti, sepatutnya ia dihentikan sehingga semua perkara yang ditimbulkan dalam laporan audit itu, diselesaikan terlebih dahulu,"katanya. -BO


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/Audit005.jpghttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita33/Audit006.jpg


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .