Ikuti Blog ini

Kejutkan Tonga Dan Sifu Di Galas, UMNO Pasti Terkangkang Dengan Isu Royalti

BN Jangka Isu Royalti Minyak Dibangkitkan Di Galas : Mukhriz

NILAI - UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan berusaha untuk menjelaskan sebaik mungkin isu royalti minyak yang mungkin ditimbulkan oleh PAS dalam kempen pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas nanti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

"Kita yakin pada pilihan raya kecil Galas ini kita akan dapat terus menjelaskan sebaik mungkin apa keadaan sebenarnya kerana yang kita lihat kerajaan negeri PAS di Kelantan khususnya kerap kali memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat yang akhirnya ianya sebenarnya menjadi isu politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan kilang Astra Manufacturing Sdn Bhd di Mantin dekat sini pada Khamis.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS kerana barah usus pada Ahad lepas.

Mengenai pelantikan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil itu, Mukhriz berkata pelantikan itu sangat tepat memandangkan kerusi Galas terletak di kawasan Parlimen yang diwakili Tengku Razaleigh.

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang besar di kawasan tersebut dan saya kira dengan pengaruh itu ianya akan dapat memberi kelebihan kepada kita," katanya. - BERNAMA


Kalau Umno nak marah, marahlah – Ku Li

KUALA LUMPUR, 2 Feb: Mantan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah tidak bermasalah biarpun Umno mahu mengambil tindakan terhadapnya ekoran sokongannya kepada kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak.

Beliau berkata, sokongan terhadap kerajaan Kelantan dibuat berdasarkan undang-undang bahawa Kelantan berhak mendapat royalti seperti perjanjian yang dibuat dengan Petronas.

"Saya tidak kisah, saya buat keputusan ikut apa yang benar berdasarkan undang-undang bukan nafsu, kalau Umno nak marah, marah lah.

"Dengan Mahathir pun saya berani lawan, saya tidak takut siapa,” katanya berseloroh.

Isu hak Kelantan mendapat royalti juga, jelasnya tidak perlu dipolemikkan dan tidak perlu dijadikan isu kerana ianya telah diselesaikan pada tahun 1974 lagi sewaktu beliau menjadi Pengerusi Petronas.

Asas penubuhan Petronas, jelasnya adalah untuk menyatupadukan rakyat di Malaysia bagi mengekalkan satu Persekutuan.

"Apabila saya dipilih menjadi Pengerusi Petronas, berundinglah dengan semua kerajaan negeri dan ketua-ketua kerajaan negeri.

"Kita buat perjanjian, kerajaan negeri perlu serah hak minyak kepada Petronas selama-lamanya, dan kalau Petronas dapat sahaja minyak, Petronas kena bayar lima peratus walaupun dua sen sekalipun, wajib dibayar," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan sewaktu kunjungan hormat Dewan Pemuda PAS Pusat ke kediamannya, di sini.

Tengku Razaleigh adalah satu-satunya pemimpin Umno yang menyokong usaha kerajaan Kelantan mendapatkan hak royalti.

Beliau pada 28 Januari lalu juga telah memenuhi jemputan kerajaan negeri bagi menjelaskan kedudukan tuntutan tersebut kepada rakyat negeri itu.

Ekoran sokongan kepada kerajaan PAS Kelantan itu, Umno berkemungkinan akan mengambil tindakan terhadap Razaleigh yang Ketua Umno Bahagian Gua Musang.

Ditanya, sama ada beliau sedang diperalat parti pembangkang, beliau menolak dakwaan tersebut.

"Saya bukan alat mana-mana pihak sama ada pembangkang ataupun kerajaan, saya hanya alat rakyat," katanya. -Hrkh

Mukhriz resah gelisah jika isu royalti dibangkitkan di dalam PRK Galas. Bukan sahaja isu itu boleh menyatukan selruh rakyat Kelantan menentang UMNO BN, malah isu juga itu juga akan memerangkap Pengarah Pilihanraya UMNO BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang selama ini vokal dan tegas memperjuangkan hak negeri Kelantan terhadap royalti minyak.


Beliau (Mukhriz) sedar bahawa UMNO BN bakal terkangkang apabila saja isu royalti dikemukakan di Kelantan. Kerana beliau tahu bahawa isu tidak mungkin boleh dijawab oleh mana-mana menteri dan pemimpin UMNO BN.

Justeru itu, PRK GALAS: Masa terbaik royalti diperjuangkan. Pakai baju merah ini di Galas nanti. Kejutkan Si Tonga dan Si Sifu dan suruh mereka keluar beramai-ramai tuntut royalti minyak.-GB
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .