Ikuti Blog ini

Siaran TV6 Untuk Rakyat Malaysia, Beri Liputan Untuk Pakatan Rakyat Di Galas

Kuala Lumpur, 27 Oktober - Era baru dalam kebebasan media di Malaysia. Sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur telah melancarkan satu saluran TV Internet yang dikenali sebagai TV Malaysia.net atau TV 6 yang berkonsep TV On Demand

Kemunculan TV Malaysia.net ini memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menyiarkan program-program yang selama ini terhalang dan terkunci kemas oleh kerajaan Pusat.Liputan Pilihanraya DUN Galas , Kelantan juga boleh dipantau melalui TV Malaysia.net

Encik Hifdzi, CEO TV Malaysia.net mengalu-alukan berita semasa dari semua pihak sama ada pihak kerajaan pusat ataupun pihak kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menggunakan khidmat platform siaran TV Malaysia.net. TV Malaysia.net adalah tv yang bebas dari mana-mana parti politik.

Menurut beliau, TV Malaysia.net tidak membangkang kerajaan pusat dan tidak anti kepada pakatan rakyat.

TV Malaysia.net adalah berkonsep TV jalanan atau street tv yang lebih bebas dan tepat dengan liputan yang pantas. Orang ramai boleh menyumbangkan berita bervideo atau teks kepada TV Malaysia.net untuk siaran. Aduan rakyat juga amatlah digalakkan untuk dihantar kepada TV Malaysia.net untuk siaran dan makluman pihak berkaitan.

TV Malaysia.net juga memberi peluang kepada ahli perniagaan untuk mempromosikan produk mereka dengan kadar yang murah dengan liputan meluas.

Kerajaan negeri Kelantan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim, YB Haji Husam Musa merakamkan jutaan terima kasih kepada TV Malaysia.net kerana sudi mempromosikan iklan montaj Ekspo Cheng Ho dan Liputan Tuntutan Royalti Minyak Kelantan dalam siaran 24 jam TV Malaysia.net

TV Malaysia.net boleh ditonton 24 jam sehari tanpa henti melalui laman web www.tvmalaysia.net

husammusa.com
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .