Ikuti Blog ini

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki - Agregat 4-2, Safee Penjaring Gol Terbanyak


Malaysia mencipta sejarah membawa pulang trofi Piala Suzuki AFF buat julung kali pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno, sekalipun tewas 2-1 dengan Indonesia sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, ia menjadikan agregat 4-2 kepada Malaysia selepas pasukan negara menang 3-0 ke atas Indonedia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Malaysia mendahului Indonesia 1-0 menerusi jaringan penyerang Safee Sali pada minit ke-53 pada final kedua Piala Suzuki AFF di Stadium Gelora Bung Karno.

Indonesia membalas satu gol menerusi jaringan Mohamad Nasuha pada minit ke-71.

Pada minit ke-88 pula, Indonesia mendahului Malaysia menerusi jaringan Muhammad Ridwan untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Pada babak pertama pula, Indonesia hampir mendahului selepas mendapat sepakan penalti pada minit ke-18 tetapi tendangan Firman Utina dapat diselamatkan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Sementara itu, beberapa insiden membabitkan pancaran cahaya laser turut dilakukan penyokong, termasuk ketika Khairul menghadapi tendangan sudut, sepakan percuma dan penalti. -BH

Safee calon penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki


PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali kini akan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF pada tahun ini selepas menjaringkan satu lagi gol pada perlawanan akhir kedua malam ini.

Dua jaringannya di perlawanan pertama dan satu lagi di malam ini membolehkan dia mengumpul lima gol keseluruhan mengatasi ayam tambatan Indonesia, Cristian Gonzales yang gagal menembusi gawang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus kekal dengan tiga gol setakat ini.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .