Ikuti Blog ini

Adun Seri Muda didakwa menghina Sultan Selangor



Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang ditahan polis pagi tadi kemudian dibebaskan 10 minit kemudian berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin ini.

Shuhaimi berkata, setelah ditahan selama 10 minit di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam, Seksyen 11 dekat sini, beliau dibebaskan dengan jaminan polis. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Keadilan ditahan ekoran puluhan laporan mengenai tulisan di blognya 31 Disember lalu mengenai isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor baru.

Ketika bercakap kepada Harakahdaily selepas dibebaskan tadi, Shuhaimi berkata, beliau akan didakwa di bawah Akta Hasutan 4.1 (C) pagi Isnin ini.

Beliau diiringi sekitar 50 penyokong termasuk peguam Latheefa Koya, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad dan Exco Pemuda Keadilan, Azmizam Zaman Huri.

Dalam keadaan begini, beliau masih sempat berseloroh sambil berkata, "Sungguh efektif kerja polis dalam hal berkaitan politik..." yang pasti merujuk kepada banyak kes yang dilaporkan pimpinan Pakatan Rakyat yang masih tidak dihiraukan pihak berkaitan.

Ia juga berkaitan dengan hari ini adalah hari cuti umum Tahun Baru Cina.

Sementara itu, dalam sidang Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini, Shuhaimi yang dilaporkan sebagai penderhaka oleh media pro-BN, telah mendedahkan sekitar 14 belas kes penderhakaan oleh pihak terbabit.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .