Ikuti Blog ini

Kerdau : Penduduk kecewa Kerajaan Umno-BN hanya memancing undi .

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/masjidkgkrai.JPG- masalah bekalan air berlarutan tidak selesai
TEMERLOH
- Lima ribu penduduk dari sepuluh kampung tradisi di pinggir sungai Pahang dalam DUN Kerdau di sini kecewa dengan kerajaan Umno dann Barisan Nasional Pahang yang tidak bersungguh menyelesaikan masalah bekalan air.

(Gambar kiri - tangki air besar yang diletakkan dihadapan pintu masuk masjid kampung kerai)

Tekanan air rendah menyebabkan tiadanya bekalan air bersih di Kampung Galok, Galok Kecil, Teluk Santong, Desa Batu Purun, Paya Perak, Paya Sendayan, Dingkir, Kerai, Pulau Pasir Mandi dan Batu Sawar berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Ia bertambah buruk kerana bekalan air terputusa sepenuhnya sejak tiga minggu lalu apabila orang ramai mula bertumpu ke kawasan pilihanraya kecil itu

Seorang pemuda, Abdul Khalil Ismail, 37, berkata Ahli Parlimen Krau Datuk Ismail Said dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau Allahyarham Datuk Zaharuddin Kassim, pernah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Datuk (Ismail Said dan Zaharuddin) berjanji air dari loji air di Batu Sawar akan dialirkan terus kepada kampung-kampung terbabit, tetapi sehingga kini, ia masih tidak berubah,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, air yang dipam dari Sungai Pahang itu disalurkan dahulu ke kawasan Jengka, sebelum berpatah balik ke kampung-kampung berkenaan.

Beliau yang berasal dari Pulau Pasir Mandi berkata, sebelum ini, selama lebih dua tahun penduduk hanya boleh menkmati bekalan air tersebut pada jam 2 atau 3 pagi.

"Dulu air hanya ada pada jam 2 atau 3 pagi, pada musim-musim perayaan, ada yang tak mandi kalau pulang ke kampung kerana tak ada air, ia bertambah terus sejak tiga minggu lalu,"jelasnya

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/tamatulmadzi.JPGDalam isu yang sama,warga emas Tamatul Madzi bin Khatib Zuki (gambar kanan) berkata sebelum ini, pihak Jabatan Bekalan Air negeri Pahang hanya menghantar air dengan lori tangki setiap dua atau tiga hari sekali.

Namun begitu, beliau merasa hairan pihak JBA dapat pula menghantar bekalan aoir setiap hari, malah dua atau tiga kali sehari, apabila pilihanraya kecil diisytiharkan dikawasan itu.

"Dulu, bila diminta (pihak JBA) untuk menghantar air lebih kerap ke masjid, mereka berkata tempat lain pun perlukan air juga, bila orang kampung letak tong yang agak besar mereka marah,

"tapi sejak diisytiharkan akan berlaku pilihanraya kecil, boleh pula mereka (pihak JBA) menghantarnya setiap hari, bahkan dua tiga kali sehari,"ujar yang lebih dikenali sebagai Pak Su.

Beliau yang juga Imam masjid Kampung Kerai menyifatkan kerajaan tidak serius untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung tetapi hanya mengambil tindakan untuk memancing undi.

Beliau berharap kerajaan dapat menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah air tersebut secara kekal, bukan dengan hanya menghantar air dengan lori tangki. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .