Ikuti Blog ini

TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN

KENYATAAN MEDIA
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
TAHNIAH PENCINTA NABI, TERIMA KASIH YANG MENJAYAKAN
05 Dzu al-Qa'idah 1433 bersamaan 21 September 2012


Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.

Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.

Tahniah kepada ribuan peserta “Xpresi Cintakan Nabi” yang hadir. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka-mereka yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam.


Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada cina dan india.

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YB Tian Chua [PKR] yang mewakili rakyat cina di Malaysia dan juga Saudara N Surenden [PKR] yang mewakili rakyat india di Malaysia. Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Xpresi Hijau Himpunan Aman Cintakan Nabi antaranya ;

YB Salahuddin Ayub
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
YB Dr Dzulkifli Ahmad
Ustaz Idris Ahmad
Saudara Hanipa Maidin
YB Nurul Izzah Anwar [PKR]
Wakil Angkatan Muda Keadilan [AMK]
Cikgu Azmi [MAPIM]
Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM]
Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [GAMIS]
Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM]
Abby Abadi [Artis]
Pihak Polis
Wartawan [Media]

Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi dan juga kekecohan.

Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk mengadakan munajat dan kempen “Cinta Nabi” pada jumaat depan untuk memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.

Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda. Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan terhadap Islam.
Bi al-Ruuh, bi al-Daam nafdiika Ya Rasulallah.


Disediakan oleh;
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .