Ikuti Blog ini

P'raya UM: Siswa adu polis, dakwa 'salah guna kuasa'


Kumpulan antikemapanan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis terhadap jawatankuasa pilihan raya kampus yang didakwa "menyalah guna kuasa" dengan menerima pencalonan mahasiswa tidak layak.

Mereka mendakwa jawatankuasa itu menerima enam pencalonan daripada pasukan lawan Penggerak Mahasiswa - kumpulan yang cenderung kepada aspirasi pemerintah - yang tidak mempunyai baki pengajian mencukupi walaupun setelah dibantah.

"Tujuan saya membuat laporan polis (kerana) tidak puas hati dengan perkara ini di mana berlaku penyalahgunaan kuasa...," laporan polis oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Syis Abdul Kadir itu dipetik.

Syis membuat laporan itu di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur tengah hari semalam. PMIUM dianggap sebagai antara persatuan "tulang belakang" dalam gabungan longgar Pro-Mahasiswa.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Edikuop Lakip Sediyanto berkata, usaha mereka mendapatkan penjelasan berhubung penerimaan enam calon pada Khamis malam (hari pencalonan) juga tidak mendapat layanan sewajarnya.

Pilihan raya kampus UM akan berlangsung pada 25 September ini, serentak dengan 14 universiti lagi, termasuk di beberapa universiti utama di Lembah Klang.

Pada pilihan raya kampus lalu, Pro-Mahasiswa menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan di UM, Penggerak Mahasiswa memperoleh 16 kerusi, sementara calon bebas dua kerusi. -M'kini
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .