Ikuti Blog ini

Injil BM serlah kebebalan kabinet

Jika tiga urutan peristiwa sepanjang minggu ini bermula Ahad lalu, diimbas kembali, jelas membuktikan negara ini kini terumbang-ambing kerana kedayusan pemimpin mengemudikan negara ini.

NONEAhad - (13 Mac 2011) – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengeluarkan kenyataan mendakwa pihaknya menunggu keputusan Peguam Negara sama ada penahanan 35,000 Kitab Injil di Pelabuhan Kucing dan Pelabuhan Klang boleh ditarik balik.

Ini katanya, kerana keputusan itu berkait dengan kes penggunaan kalimah Allah yang masih belum dibicarakan di Mahkamah Rayuan walaupun berlarutan sejak 2010.

Selasa - (15 Mac 2011) – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan kabinet Jumaat ini. Beliau menegaskan jemaah menteri harus berbincang isu itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Selasa - (15 Mac 2011) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala mengumumkan semua 35,000 naskah yang ditahan di Pelabuhan Kelang (sejak 2009) dan Pelabuhan Kuching (sejak Januari 2011) akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Urutan peristiwa di atas menunjukkan sekali lagi:

NONEMuhyiddin sama ada tidak tahu menahu mengenai perkembangan penting dalam isu-isu nasional atau lebih mencemaskan (bagi beliau) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak tanpa merujuk kepada orang keduanya.

Hishamuddin pula cuba meletakkan masalah penahanan kitab Injil itu ke atas bahu Peguam Negara.

Beliau tidak sama sekali berani untuk mengumumkan keputusan kerajaan untuk tiba-tiba membenarkan kitab Injil itu dibenarkan masuk.

Serah kepada Idris

Sebaliknya tugas itu diserahkan kepada Idris Jala, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Idris pada kenyataan medianya mendakwa tindakan kerajaan itu selaras dengan Warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran kitab Injil dalam Bbhasa Melayu secara terhad dan terkawal.

economic transformation programme 210910 idris jala 02Namun beliau tidak pula menjelaskan kenapa penahanan di Pelabuhan Kelang dibiar berterusan sejak 2009 dan di Pelabuhan Kucing sejak Januari lalu.

Bagaimana secara tiba-tiba Perdana Menteri begitu cekap dan bingkas membuat keputusan setelah isu itu dibiarkan tertunda sejak 2009?

Jawapannya amat berkait rapat dengan pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan sebelum Julai ini.

Sarawak adalah negeri yang mempunyai kepadatan penduduk beragama Kristian yang paling tinggi di Malaysia.

Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumus keputusan Najib bukan berasaskan keinginan mempertahankan kebebasan agama golongan minoriti tetapi mengira jumlah undi yang akan diperolehi atau bakal hilang jika beliau tidak bingkas membuat sesuatu keputusan.

Mungkin lebih mendukacitakan bagi Najib adalah sepupunya Hishamuddin atau pun timbalannya, Muhyiddin langsung tidak mempunyai keberanian mengumumkan keputusan itu walaupun mendakwa diri sebagai pemimpin kerajaan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Politik perkauman

Soal siapa yang harus mengumumkan keputusan itu turut diwarnai dengan politik perkauman.

azlanJusteru yang mengumumkan kesediaan kerajaan Umno-BN menarik balik penahanan kitab Injil itu adalah Idris, seorang menteri Kristian.

Rasanya tidak perlu dihuraikan kenapa Idris dipilih dan bukan menteri dalam negeri merangkap naib presiden Umno, Hishamuddin Hussein ataupun perdana menteri merangkap pengerusi BN, Najib Razak yang sendiri membuat pengumuman itu.

Sekali lagi politik perkauman dan kelebihan undi menjadi kunci pertimbangan utama segala keputusan kerajaan 1Malaysia Umno-BN. -M'kini

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .