Ikuti Blog ini

POLIS NAK TANGKAP ANUAR?






Di Gombak malam tadi Polis cuba membuat provokasi dengan mengganggu satu Ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat,PKR,…

Wahai PDRM !! Gunalah otak sikit! Tak bolehkah bersikap adil dan berkecuali! Kita Negara demokrasi! Bebas berbuat sesuatu berlandaskan undang-undang! Tugas polis ialah mengawal dan menjaga ketenteraman awam, bukan buat provokasi yang boleh menimbulkan kekacauan!! Jangan sekat suara rakyat, jangan bunuh suara rakyat !!

Yang PDRM takut sangat tu mengapa? Kerajaan Pakatan Rakyat yang bakal memerintah takkan memansuhkan jawatan polis. PR takkan menamatkan mana-mana anggota yang sedang berkidmat sekarang ni. Jika Pakatan Rakyat memerintah jawatan polis tu tak hilang,… tetap kekal!, malah mereka akan dibentuk atau ditarbiah untuk menjadi pegawai polis yang benar-benar jujur dan amanah.

Jadi tak perlulah susah-susah nak tangkap Anuar. Beliau bukan penjenayah, beliau bukan komunis, beliau bukan perompak harta negara dan bukan penyamun wang rakyat, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pemimpin Umno.. Beliau hanya seorang tokoh pemimpin yang dibenci Mahathir dan segelintir pemimpin Umno, Mahathir benci sangat kat Anuar kerana Anuar pernah menyanggah idea Mahathir yang dilihat oeh Anuar tak betul atau songsang!!, itu saja, sedangkan sebahagian besar rakyat menyenangi dan menyukai DS Anuar.

Sekarang Mahathir pun dah tak ada,… bersara politik. Apakah kini PDRM menyambung rasa takutkan Mahathir itu kepada Najib pula??. Apakah Tan Sri Ismail Omar (KPN terkini) mahu mengikut jejak langkah Hanif Omar? Rahim Noor? atau Musa Hasan yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi, walaupun dalam kerja-kerja yang jahat dan mungkar? Kalau betul begitu alangkah bodoh dan bengap PDRM !

Ketahui dan sedarlah wahai PDRM!! Anuar merupakan seorang ahli politik yang telah diterima rakyat!. Berjuang di atas pentas politik yang sah lagi halal! Anuar adalah pembawa arus politik baru yang jauh lebih baik dari politik kolot dan perkauman yang diperjuangkan oleh Umno!!
Walaupun pun DS Anuar sering dilemparkan berbagai fitnah beliau tetap cekal menghadapinya. Walau Mahathir menyingkirnya ternyata Anuar tetap istiqamah dalam misi perjuangannya.

Beliau memAlign Centreperlihatkan keikhlasan, berkredebiliti dan berintergriti . Berjuang bukan kerana kuasa, wang atau harta. Beliau berjiwa rakyat, mudah mendekati rakyat, dan memahami rintihan hati rakyat.

Kita menyeru pihak PDRM,,…Tumpukan lah perhatian kepada kes-kes jenayah yang berleluasa! hari ini. Siasat dan dakwalah pemimpin Umno yang rasuah dan menyalahguna kuasa!! Bukan membuat kerja yang sia-sia,… mengkhianati parti pembangkang!!
Oleh : rahimothman
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .