Ikuti Blog ini

Yusri KRU akan membantu polis sahkan video Datuk T

KUALA LUMPUR - Polis sedang menunggu pemeriksaan pakar bagi mengesahkan lelaki yang melakukan adegan seks dengan seorang pelacur wanita yang didakwa dirakamkan di sebuah apartmen di Ampang dekat sini pada 21 Februari lalu merupakan seorang pemimpin pembangkang.

Sumber polis berkata, daripada aspek undang-undang, polis buat masa ini hanya membuat andaian bahawa lelaki itu merupakan seorang pemimpin pembangkang seperti yang didakwa oleh kumpulan trio Datuk T.

Bagaimanapun, kata sumber itu, perkara itu hanya andaian semata-mata kerana pengesahan siapa sebenarnya pelakon dalam video seks itu memerlukan penyiasatan dan pengesahan daripada pakar.

"Sehingga semalam polis belum mengetahui sama ada imej (aktor) dalam video tersebut sudah diganggu (direka-reka).

"Polis juga tidak boleh sahkan pelakon tersebut adalah si A atau si B. Kita perlu tunggu pakar (untuk pengesahan),".

Sehubungan itu, sumber itu berkata, pasukan penyiasat kini dalam pertimbangan untuk meminta khidmat pengarah filem Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim (Yusri KRU) bagi membantu polis mengesahkan ketulenan rakaman video seks itu terlebih dahulu.

"Rakaman itu sendiri perlu disahkan adalah tulen sebelum polis melakukan langkah kedua untuk mengesahkan pelakon yang dimaksudkan itu," kata sumber itu.

Bagaimanapun, sehingga malam tadi pasukan polis belum memutuskan perkara itu dan ada kemungkinan pakar-pakar lain yang berkemahiran dalam rakaman video turut dipanggil memberi bantuan. - kosmo

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .