Ikuti Blog ini

Musuh nombor satu ialah kejahilan


Sekiranya kita melancarkan kempen boikot kedai makan Mamak dan kedai makan Cina yang meletakkan kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan maka, lama-kelamaan, amalan ini akan dihapuskan dan kegiatan haram, yang menjadi halal kerana rasuah, akan menjadi sejarah.

Raja Petra Kamarudin
Apa dia musuh nombor satu? Ramai dari pembaca Malaysia Today akan berkata bahawasanya Barisan Nasional atau Umno ialah musuh nombor satu. Ada juga yang akan berkata rasuah ialah musuh nombor satu. Dan ada yang akan berkata kemiskinan ialah musuh nombor satu.

Yang sebenarnya, kejahilan ialah musuh nombor satu. Apabila kita jahil, maka kita akan mudah terpengaruh dan pihak kerajaan, ahli politik, atau pun media massa, akan mudah memutar belit keadaan dan menipu rakyat.

Jadi, kita perlu memerangi kejahilan. Jangan khuatir tentang rasuah, salah guna kuasa, dan lain-lain itu setakat ini. Itu bukan masalah kami yang sebenar. Kejahilan ialah masalah yang lebih ketara. Apabila kita jahil maka rasuah dan salah guna kuasa mudah dilakukan. Dan kerajaan atau ahli politik mudah menipu kita.

Biar saya bagi satu contoh. Ramai rakyat membantu dan bersubahat dengan rasuah. Tetapi, oleh kerana kejahilan mereka, mereka tidak menyedari yang mereka membantu atau bersubahat dengan rasuah.

Satu tidak bermaksud rasuah secara ‘direct’. Secara direct bermaknanya apabila kita ditahan polis kita membayar rasuah RM50 untuk mengelak dari membayar saman RM300. Itu ramai juga yang melakukan. Orang yang berbuih mulut menentang rasuah tidak teragak-agak membayar RM50 kepada polis untuk mengelak didenda RM300.

Yang saya maksudkan disini ialah penglibatan kita dengan rausah secara tidak menyedarinya. Dan ini kita lakukan oleh kerana kita jahil.

Saya ambil contoh kedai makan Mamak atau kedai makan Cina yang ada dimerata ceruk Malaysia. Kedai-kedai ini meletak kerusi-mejanya di luar kedai ditepi jalan. Itu satu perbuatan salah. Tetapi mereka boleh lakukan kesalahan ini kerana mereka membayar rasuah kepada pegawai Majlis Pembandaran atau Bandar Raya (local council atau city council).

Oleh kerana rasuah tersebut, mereka boleh letak kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan dan ini menyebabkan bukan sahaja gangguan dan sesak jalan raya tetapi juga bahaya kepada pelanggan.

Sekiranya kita membuat kajian, kita akan sedar bahawasanya ramai lebih gemar duduk diluar dari didalam kedai. Kadangkala didalam kedai tersebut kosong tetapi diluar sesak dengan pelanggan-pelanggan, ada yang bediri menunggu meja kosong diluar. Walaupun didalam kedai tersebut ada meja kosong, kita lebih rela berdiri diluar menunggu meja kosong dari masuk kedalam kedai dan duduk dimeja yang banyak kosong.

Jadi, tuan punya kedai meletak meja dan kerusi diluar kedai ditepi jalan. Dan untuk membolehkan mereka membuat demikian, mereka perlu membayar rasuah kepada pegawai kerajaan tempatan.

Bukan ke kita yang lebih gemar duduk diluar dan bukan didalam kedai tersebut membantu dan menggalakkan rasuah? Sekiranya kita menyedari yang ini akan menyebabkan kita bersubahat dengan rasauh, dan sekiranya kita enggan duduk diluar kerana kita tidak mahu membantu rasuah, maka kerusi-meja diluar kedai tersebut akan kosong dan tuan punya kedai akan terpaksa mengalihnya.

Tetapi, oleh kerana kejahilan kita, kita telah besubahat dengan rasuah dan, oleh kerana kejahilan kita, rausah telah berterusan.

Sekiranya kita melancarkan kempen boikot kedai makan Mamak dan kedai makan Cina yang meletakkan kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan maka, lama-kelamaan, amalan ini akan pupus dan kegiatan haram, yang menjadi halal kerana rasuah, akan menjadi sejarah.

Oleh kerana itu saya berkata yang ramai rakyat Malaysia jahil dan kerana kejahilan ini mereka telah membantu dan bersubahat dengan rasuah. Jadi ini ialah musuh nombor satu: kejahilan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .