Ikuti Blog ini

Kalau Nak Ke Putrajaya Perlu Menyerang

ptjyTIDAK perlu melayan isu yang dimainkan oleh UMNO tetapi perkara yang perlu dilakukan adalah terus menerus membongkar segala penyelewengan dan ketidakadilan yang berluasa. ini tindakan yang wajar dibuat oleh semua kepimpinan Pakatan Rakyat. biar puak-puak UMNO dan sekutunya sibuk untuk bertahan dengan segala alasan yang rata-rata rakyat tahu penuh penipuan dan dusta.

Jika dilihat kebelakangan ini banyak isu-isu yang dimainkan oleh media pencacai UMNO yang menyebabkan pemimpin PR sibuk untuk bertahan dengan jawapan-jawapan yang diputar belitkan oleh media cetak dan juga elektronik. dari isu gereja di selangor, isu tuntutan perubatan di pulau pinang dan terbaru isu sensasi bukit kepong. Hingga hilang isu-isu kepincangan dan penipuan yang berlaku kepada daftar pengundi dan pemberian warganegara yang sewenangnya pada warga asing.

Kenapa tidak disensasikan isu kapal milik Tentera Laut kita yang hampir karam dikala memburu kapal milik negara cina. Penjualan saham syarikat penerbangan negara kepada syarikat tambang murah yang ibarat ikan bilis menelan ikan yu. 
Kos sara hidup yang kian mencengkam rakyat Penurunan harga ayam yang dijanjikan oleh PM 1 malaysia di Kedah yang sehingga hari ini tak turun-turun.Kesesakan di lebuhraya dimusim perayaan yang tidak sepatutnya berlaku kerana pengguna membayar harga yang mahal untuk mendapatkan keselesaan pemanduan dan penjimatan masa, seperti kata mantan PM dan menteri jalanraya yang kini menetap di selatan india kalau nak selesa dan cepat kenalah bayar lebih.

Pakatan Rakyat perlu menubuhkan satu seketariat atau panel pemikir seperti APCO untuk menilai dan mencari isu-isu sensasi yang dapat mencerahkan lagi peluang pakatan rakyat untuk menawan PUTRAJAYA.
kalau kita hendak menang, kita perlu menyerang bukan bertahan, kalau bertahan, berapa lama kita boleh bertahan.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .