Ikuti Blog ini

Alhamdulilah Dulu dia ni maki orang Pas , le ni dia dah joint Pas.

Pengarah Tarbiah PAS Pusat bersama Dato'Adnan Ibrahim (gambar), bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Perak ,dulunya UMNO kini akhir hayatnya ingin bersama PAS.Foto di ambil semasa program Liqa al-fikri PAS Perak ,7 Oktober 2011.

Changkat Jering,Taiping- Dulu Dato' Adnan Ibrahim merupakan Pegawai PPD LMS(Taiping).Semasa berkhidmat dulu teruk cikgu-cikgu PAS kena maki dan marah dengan Dato' Adnan.

Kelmarin PAS Perak menjadikan beliau ikon masyarakat kenapa perlu masuk PAS.Difahamkan beliau mendapat hidayah di Makkah ,untuk beliau terus meninggalkan UMNO.Lantas menyertai PAS.

Beliau mendakwa,Hishamudin Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau menasihatkan beliau agar terus dengan UMNO.

Tapi bagi Dato' Adnan Ibrahim, akhir hayatnya ingin bersama dengan PAS.

Ustaz Idris Ahmad,Pengarah Tarbiah PAS Pusat mengalu-alukan kemasukan bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Perak (Jabtan Pelajaran Perak) ke dalam PAS.

"Bekas Pengarah Jabatan pelajaran Negeri Perak, boleh masuk PAS, kenapa JKKK atau penoreh getah tak boleh masuk PAS"ulas Ustaz Idris Ahmad.

Zaman sekarang, orang sudah pencen tak suka masuk UMNO. Pesara-pesara kerajaan tahu UMNO sebusuk-busuknya sehingga ke usus. Mereka tahu UMNO parti mengamalkan rasuah. Mereka tukar rasuah kepada politik wang.
sisi bukit
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .