
Enot dikecam teruk
Pelakon  komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara  TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar  Harian, Kemarin.
Selain  dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut  terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA  kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu  bapanya turut dicemuh.
Dalam  pertemuan dengan Sinar Harian , Enot menyatakan kekesalannya dan  memohon maaf di atas kesilapan itu. Ikuti kenyataan selanjutnya dalam  akhbar Sinar Harian esok.
Berikut adalah kenyataan Enot yang mengundang cemuhan orang ramai:
“Memang  zaman dulu orang islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang  membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina hukuman sula akan  dikenakan,tapi rasanya ia tidak lagi sesuai,malah kita wajar memberi  peluang kepada pesalah untuk berubah.Kalau hulum hudud  dijalankan,pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak  sempurna seperti tiada tangan kaki dan sebagainya.Bagaimanapun,semua ini  tidak menjamin mereka insaf sepenuhnya.”
* Nauzubillahiminzalik.....mana ada hukum sula dalam hudud... tak tau apa apa jangan lah komen Not!
Lebih  baik diam dan jangan buat-buat pandai tentang sesuatu Hukum Allah  S.W.T. Inilah yang Tun Dr.Mahathir bangga-banggakan apabila Artis2  Melayu2 mengikut jejak langkahnya mengatakan Hudud tidak sesuai.......King
