Ikuti Blog ini

Media Baru perlu masuk ke segenap kampung



KUALA LUMPUR : Kesemua ahli-ahli PAS yang terbabit dengan Media Baru diminta memainkan peranan lebih aktif bagi membolehkan maklumat-maklumat yang disampaikan turut dibaca bukan hanya di kalangan penduduk di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung di seluruh negara.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu, PAS menempa banyak kejayaan di kawasan bandar dan pinggir bandar ekoran keberkesanan Media Baru dalam menyampaikan maklumat yang benar untuk dipertimbangkan oleh orang ramai.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan PAS di kawasan luar bandar, di kampung-kampung dan di kawasan pedalaman berpunca dari kegagalan orang ramai mendapatkan maklumat yang benar mengenai perjuangan PAS dan isu-isu semasa.

Menurut beliau, setiap ahli PAS khususnya mereka yang terbabit dengan Media Baru perlu sedar perkara itu bagi membolehkan kesemua pihak  mengambil inisiatif bagi membolehkan Media Baru tidak hanya berligar di kawasan bandar, tetapi juga di kampung-kampung.

Katanya, Media Baru memainkan peranan amat penting dalam menjawab segala tuduhan dan perkara yang tidak benar mengenai PAS yang dilakukan oleh Umno BN dan ia merupakan satu peperamgan secara damai.
"Jadi ICT atau Media Baru merupakan senjata penting bagi PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13," katanya menerusi pesanan khas  melalui video yang ditayangkan pada Persidangan ICT 2011 di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, menurut beliau, setiap penulis dan bloger-bloger PAS perlu memainkan peranan dengan baik dengan hanya menyampaikan maklumat yang benar dan tepat serta menggelakkan diri dari menyebarkan fitnah.

Katanya, tanggungjawab setiap ahli PAS adalah menyampaikan syariat Islam kepada orang ramai, manakala menyampaikan syariat itu merupakan fisabilillah.

'Jadi tanggungjawab ini mestilah ditujukan kepada semua pihak termasuk  kepada Umno bagi membolehkan mereka kembali ke jalan Allah, manakala yang bukan Islam pula turut memahami ajaran Islam.
"Untuk melaksanakan tanggungjawab itu, ia mestilah dilakukan dengan uslub supaya penyampaian kita itu benar dan kena kepada sasarannya," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Penekanan seperti itu, menurutnya, perlu dilakukan sepanjang masa demi kepentingan Islam dan ia pasti lebih mendesak dalam keadaan negara kita yang mengamalkan demokrasi tempang sekarang, sehingga seluruh media hanya dikuasai Umno BN.

"Disebabkan demokrasi tempang yang diamalkan oleh para pemimpin Umno BN, maklumat-maklumat yang benar tidak sampai kepada orang ramai terutama di kampung-kampung, kecuali di kalangan penduduk bandar dan pinggir bandar yang dapat meniklmati kewujudan Media Baru," katanya.

Sekiranya Media Baru tidak sampai ke kampung-kampung, katanya, penduduk di kawasan luar bandar pasti akan terus gagal berpanjangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan benar yang diperlukan untuk dijadikan pertimbangan dalam memilih parti yang akan memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.

Dalam melaksanakan tanggungjawab itu, beliau mengingatkan setiap ahli PAS khususnya bloger-bloger parti agar ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan tangguingkawab masing-masing kerana hanya dengan keikhlasan sahaja yang boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan itu masuk ke dalam hati pihak terbabit, di samping dinilai sebagai ibadat oleh Allah. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .