Ikuti Blog ini

BERSIH 4.0 dilancarkan!! tapi.. oleh Pencacai UMNO..


Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi.

Kononnya mereka adalah kumpulan peniaga dari Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga..

Tapi ada sumber mengatakan mereka ini adalah Pencacai UMNO dari Pemuda UMNO Selangor yang berkerjasama dengan PERKASA Wilayah Persekutuan.

Cuba tengok gambar kat bawah ni.. ada ke peniaga muka macam samseng (yang kiri dan kanan tu) ni?


Ni mesti nak tumpang populariti BERSIH ni.. maklumlah Himpunan UMNO hari tu Najib sasarkan 500,000 hadir tapi yang hadir 60,000 saja..

Tapi rakyat tidak bodoh seperti mereka-mereka yang bodoh itu sangkakan..

Laporan berkaitan..

BERSIH 4.0 Di Lancarkan, Penganjur Mahu Adakan Perhimpunan Di Hadapan Rumah Ambiga!


Majlis pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pagi tadi.

Kediaman Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga terus menjadi sasaran protes dan yang terbaru, kumpulan peniaga dikenali sebagai Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur merancang menganjurkan 'Bersih 4.0' dengan membuka 60 lot perniagaan di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara minggu ini.

Pihak penganjur berkata pihaknya mahu mengajar individu yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerugian mereka alami ekoran perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi majlis itu, Datuk Jamal Md. Yunos, berkata, penganjuran 'Bersih 4.0' berbeza sama sekali dengan perhimpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Menurutnya, dengan 'protes' tersebut, peniaga-peniaga yang terlibat mahu Ambiga merasai sendiri 'nikmat' apabila keharmonian di sesuatu tempat itu dicemari.

"Esok kita akan turun untuk mengadakan lot-lot perniagaan dan kita akan sediakan 60 lot untuk peniaga.

"Pada Selasa, kita akan pergi ke pejabat Datuk Bandar (Kuala Lumpur), untuk memohon permit perniagaan yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini," katanya ketika pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Madras, Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang mendapat sokongan persatuan-persatuan peniaga serta badan bukan kerajaan (NGO) itu dijangka disertai lebih 10,000 orang dan pihak penganjur menyasarkan pendapatan RM300 hingga RM500 sehari.

Ia akan berlangsung bermula jam 3 petang hingga 8 malam.

Malah, sekiranya mendapat sambutan menggalakkan, pihak penganjur akan memohon permit kekal perniagaan di situ kerana menyifatkan ia sebagai lokasi berpotensi.

Sumber: Blog Pencacai UMNO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .