Ikuti Blog ini

Sokong Royalti Minyak Untuk Kelantan Gimik Annuar


Macam seperti satu kejutan pula kepada orang Kelantan apabila Annuar Musa tiba-tiba menurun tangani atas banner yang menuntut agar royalti minyak dikembali kepada rakyat Kelantan. Tindakan Annuar itu pun menjadi perhatian dan dilaporan sebagai berita yang menakjubkan. Maka orang-orang Kelantan yang dahaga royalti minyak dan sudah berjuang dengan sebahagian rakyat Kelantan menuntut royalti itu pun suka dan senyum sampai ke pipi.

 Tanpa mengetahui apakah motif di sebalik tindakan Annuar itu ramai yang memuji Annuar. Ada yang nampak Annuar sebagai bersemangat Kelantan dan bersimpati dengan rakyat Kelantan. Itulah pandangan tanpa melihat menggunakan kanta mata politik. Tetapi bagi mereka yang matanya tidak disaluti selumbar atau selaput akan merasakan tindakan Annuar itu tidak lebih dari satu gimik murahan saja. Ia kerja orang yang tidak ada kerja sahaja atau pun frustasi.

Kenapa saya kata begitu, kempen untuk mendapatkan royalti minyak sudah lama dijalankan oleh rakyat Kelantan. Sampai Tengku Razaleigh Hamzah pun ikut sama menyokong tindak tanduk dan perjuangan rakyat Kelantan itu. Isu itu sudah pun sampai ke mahkamah. Husam Musa sudah pun membawanya ke mahkamah dan mungkin selepas ini ke mahkamah timbang taraf dunia pula kerana untuk mendapatkan royalti berkenaan yang jelas ianya hak dan kepunyaan rakyat Kelantan.

Tetapi apakah reaksi Annuar sebelum ini? Memang Annuar tidak membantah atau cuba mengalihkan cerita fasal royalti seperti Awang Adek Hussein, tetapi Annuar tidak pun berkata apa-apa mengenainya. Sokong pun tidak, tidak sokong pun tidak. Annuar jadi macam lalat kena ridsect. 

Bagaimana pun orang kanannya yang juga timbalannya dan sahabat selubang dan sepermainan dengannya Mohammad Alwi Che Ahmad, ada komen fasal royalti. Alwi bersetuju kerajaan Kelantan membawa isu royalti ke mahkamah kerana dia menganggap keputusannya nanti akan berpihak kepada kerajaan Pusat. Cara Alwi menyokong itu bukan mengharap wang royalti itu diberikan kepada Kelantan tetapi biar mahkamah menghentikan polimek mengenai perkara itu.

Kalau Annuar Musa jujur dan benar-benar prihatin kepada rakyat Kelantan, beliau sepatutnya tidak menanda tangani mendesak royalti itu semalam, tetapi lama sebelum ini. Dia harus bangkit memperjuangkan bersama rakyat, Tengku Razaleigh dan rakyat Kelantan awal-awal lagi. Beliau patut minta laluan untuk naik ke pentas bersama Pas dan Tengku Razaleigh membuat desakan kepada kerajaan. Dan bial setiap kali Najib Razak mengadakan lawatan ke Kelantan Annuar perlu menyuarakan perkara itu. Tetapi kenapa tidak?

Makanya, saya ulangi makanya kesudian Annuar Musa mencemar tangan menanda tangani mendesak royalti itu sesudah beliau kini sudah tidak ada kuasa dalam Umno. Sesudah tidak menjadi menteri, sesudah tidak menjadi pengerusi perhubungan Umno Kelantan, sesudah tidak menjadi wakil rakyat dan juga sesudah digantung dua tahun setengah oleh FAM.

Sikap atau pun kersedaran terdesak itu biasa berlaku kepada orang Umno. Selepas mereka tua, habis modal dan bisa tidak dapat merancuni pemimpin Umno mula mereka berlegar ke halaman Pas. Menyertai Pas dengan membero seribu janji. Tetapi bila kehendak dan apa yang mereka idamkan tidak tercapai mulalah mereka akan 'mentok' - berona.

Berbalik kes Annuar kenapa masa beliau ada kuasa, beliau tidak mendesak semua itu. Saya malas hendak mengulas dan memberi jawaban, mungkin kita semua tahu apakah sebab musababnya. Jadi kemurahan hati Annnuar menanda tangani banner desakan itu bersama lebih 20,000 rakyat Kelantan di perkarangan stadium Bukit Jalil semalam untuk menarik perhatian dan simpati sahaja. Beliau hendak tunjuk beliau bersama rakyat demi Kelantan. Kelabaan yang diperolehinya beliau akan dianggap berjiwa rakyat dan bersama rakyat. Itu sahaja. Air mata yang ditumpahkan kini adalah air mata buaya selepas dirinya tiada apa-apa kuasa.

Oleh itu rakyat Kelantan janganlah mengharap apa-apa budi dan bakti dari Annuar untuk rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan boleh terima dia adalah pengurus bola sepak yang baik tetapi bukan seorang ahli politik yang ikhlas.

Buktinya selama lebih 22 tahun beliau menjadi pemimpin nombor dua Umno Kelantan, beliau tidak pun berusaha tetapi menyekat dan menghalang apa-apa projek ke Kelantan. Sebenarnya amalan dan budaya yang dipraktikkan Annuar selama ini masih berterusan di Kelantan.

Sama sepertai Annuar memimpin bola sepak Kelantan begitu juga tanda tanganninya menuntut royalti minyak itu tidak ikhlas. Ia hanya umpan plastik uantuk mengait mulut ikan sahaja. Mana-mana ikan yang tiada pengalaman dan suka barang palsu akan bertepok tangan dan gembira atas tindakan Annuar. ~merahtintaMSO
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .